Sunday, November 27, 2011

Lelaki IDAMAN SOLEH

Seorang lelaki yang ana idamkan 
ialah seorang BUTA, BISU, BAKHIL , dan PAPA.


Biarlah dia seorang yang BUTA
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang BISU
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Lelaki yang ana idamkan ialah seorang yg BAKHIL
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman 
Pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya 
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi


Lelaki yang ana idamkan adalah seorang yang PAPA
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat 
Papa memiliki akhlak mazmumah 
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia 
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri 
Dia mahu menjadi seorang syuhada 
Yang syahid di jalan Maha Esa

No comments:

Post a Comment