Saturday, March 26, 2011

~ 10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna ~

1.Apabila mendengar AZAN,makan bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah AL-QURAN,tatapilah buku2 ilmu,pergilah ke majlis2 ilmu,amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4.Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.

5.Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.

8.Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9.BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

p/s: Dedikasi TERISTIMEWA untuk rakan-rakan ana di FACEBOOK.. Semoga sohabat semua dapat MEMAFAATKAN untuk menjadi UMAT ISLAM yang BERJAYA.. Ibtisam Daiman ^_______~



Diriku DIHIAS untuk kali ini..

Alamak, CANTIK.. Kena biasa2 aja..@___@
p/s: BERHIAS untuk SUAMI adalah DIHARUSKAN dalam ISLAM ^__^ tapi kucing ni ada suami ke..hee..hanya gurauan semata-mata (=

CERITERA DUIT RM1 dengan RM5O - WAJIB BACA -

Duit RM1 dan RM50 telah bertemu antara satu lain. Maka berlakulah satu perbualan di antara mereka

Duit RM1: Assalamualaikum. Lama tak nampak, mane ko pergi?"

Duit RM5O: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR Cruise, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, Lepak One Utama, konsert AF, menTor.. Tempat-tempat camtulah. Eh, ko camner Lak?"

Duit RM1 (dengan suara perlahan seraya berkata) :"Hmm..biasalah. Balik-balik tempat yg sama SURAU, MASJID, SURAU. Alhamdullilah.. (^___^)

Tergaman dan terkedu duit RM5O lalu meminta untuk beredar dengan lebih awal.

p/s; Kadang-kadang ada mereka yang merungut, mendengus, dan mengeluh apabila suatu caj dikenakan dalam perkhidmatan mereka semata-mata untuk derma. Bukankah REZEKI itu datang dari ALLAH? Usah BIMBANG, HARTA tidak akan habis sekiranya DUIT dihabiskan untuk beribadat kepada ALLAH.. ALLAH Maha Penyayang. INGAT! Duit yang anda ada sekarang, DUIT ALLAH.. Bila-bila masa sahaja DIA boleh menarik balik pinjamannya. Kita hanya PEMINJAM HARTANYA namun ALLAH tak suruh hamba-Nya ''membeli'' PINJAMAN dengan perkara-perkara yang TIDAK BERFAEDAH. Bukankah dalam ISLAM kita dituntut untuk melakukan perkara-perkara bermanfaat? Salam JUMAAT untuk semua sahabat. Tazkirah Pagi Jumaat. Pendek tapi Padat..insyaALLAH..

HUKUM BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MUHRIM

Pendapat yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram mensyaratkan harus tanpa syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram. Kerana itu para ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram mengingatkan kerana antara syahwat dan tidak itu sangat samar, maka haruslah kita berhati-hati pada saat berjabat tangan. Terutama sekali kalau yang berjabat tangan adalah lelaki dan wanita muda yang sebaya, sebab sangat mungkin menimbulkan syahwat atau menimbulkan fitnah. Kalau tidak khawatir timbul fitnah maka tidak apa-apa berjabat tangan dengan bukan mahram. Misalnya dengan orang-orang yang sudah tua atau dengan anak-anak kecil.

Golongan yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram, bukanlah kerana mereka senang berjabat tangan dengan bukan mahram. Tetapi kerana mereka tidak berani untuk mengharamkan sesuatu yang secara jelas Allah SWT telah membolehkannya lewat perbuatan RasulNya. Sebab termasuk dosa besar kalau ada orang yang berani mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah SWT atau menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT. Sebab Rasulullah Saw bersabda:

“Sesungguhnya orang yang mengharamkan sesuatu yang halal sama dengan orang yang menghalalkan sesuatu yang haram.” [HR. As-Sihab].

Perlu diingat bahwa sesuatu yang mubah tidak harus selalu dilakukan. Sebab kalau itu tidak berguna dan dapat menimbulkan fitnah lebih baik dihindarkan.

Bagi mereka yang mengikuti pendapat yang mengharamkan setelah sampai penjelasan yang meyakinkan, maka haramlah hukumnya bagi mereka untuk berjabat tangan dan atau menyentuh dengan tangannya siapapun yang bukan mahramnya, baik bukan mahramnya tersebut anak kecil, remaja, dewasa ataupun orang yang sudah tua sekalipun. Sebab mereka semua adalah bukan mahram, yang haram untuk berjabat tangan dan bersentuhan dengannya. Sedangkan bagi mereka yang mengikuti pendapat yang membolehkan setelah sampai penjelasan yang meyakinkan, maka mubahlah hukumnya bagi mereka. Allah SWT akan meminta pertanggung-jawaban atas perbuatannya berdasarkan pendapat yang terkuat yang telah ia ikuti. Walaupun berbeza pendapat kaum muslimin tetap bersaudara. Tidak boleh hanya kerana perbezaan pendapat yang masih dibolehkan tersebut, sesama muslim saling menfitnah dan memburuk-burukkan orang yang berbeza dengan mereka. Yang jelas kita wajib mengikuti pendapat yang terkuat tanpa dicampuri adanya perasaan suka atau tidak suka.

p/s:“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

Petanda-petanda Kiamat Makin Hampir..

1.Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari -

2.Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim -

3.Alat muzik bermaharajalela
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah -

4.Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai-

5.Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim-

6.Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad-

7.Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani -

8.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad -

9.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10.Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani -

11.Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim -

12.Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad -

13.Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim -

~ SELAMAT MALAM, SAHABAT-SAHABAT ANA ~ ^____^

BERTAHAJUD MENYERIKAN WAJAH,
BERSYUKUR MEMBAJAI BARAKAH,
BERMUHASABAH MENCETUSKAN HIKMAH, 
BERTAWAKAL MEMBUAHKAN PASRAH,
BERSAUDARA MENYEMAI MAHABAH,
BERUKHWAH KERANA ALLAH.

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan JANGANLAH memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s

Sebelum kuliah bermula, agenda fotografi bersama SAHABAT SEJATI ^___^

Ana SAYANG kawan saya ni ♥ p/s: SAHABAT SEJATI SUKAR DICARI GANTI malah TIADA GALANG GANTINYA. Sesiapa sahaja SAHABAT kita itulah GAMBARAN DIRI KITA SEBENAR ^_____^

Syarikat Perjudian Malaysia No. 1 Dalam Dunia!!!

MasyaALLAH.. Apa jadi dengan negara Malaysia sekarang? Katanya negara ISLAM, namun JUDI diHALALKAN dengan adanya PERMIT KEBENARAN LESEN.. MasyaALLAH..Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang bencikan judi membantah pemberian lesen judi tersebut. Mengapakah negara majoriti penduduk Islam serta pemimpin tertingginya adalah muslim meluluskan lesen judi? Tidak malukah kita bila non-muslim turut berdemonstrasi membantah pemberian lesen judi?

Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

BANGGAKAH KITA MALAYSIA bahawa Malaysia MENDUDUKI TEMPAT TERATAS DALAM JUDI atau LEBIH TEPAT LAGI DIKENALI NOMBOR EKOR?
Top-10 casinos by number of employees
Casino de Genting is just part of the resort that calls itself the “City of Entertainment” and apparently the price for living up to that name is the employment of 13,000 workers.
This striking property features much more than gambling. Located 6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurants as well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not! Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding roller coaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex, bowling alley and a championship golf course on site.
Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.
As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casino space is filled with electronic table games, slots machine as well as table games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’s also the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slot machines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.
The two mega-casinos that call Connecticut home are the next two properties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, but that number will swell to close to the 13,000 mark this spring when the MGM Foxwoods opens on May 17.
The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the Steve Wynn-creation that is best known for the artificial lake that was built between the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegas properties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay and Caesar’s Palace.
Top-10 largest casinos by number of employees
1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500
Source: Casino City


Kesan-kesan judi bola sepak yang telah dihalalkan oleh kerajaan Malaysia.

Keruntuhkan mutu sukan negara.
Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.
Menurunkan produktiviti negara.
Meruntuhkan institusi keluarga.
Meningkatkan gejala sosial.
Meningkatkan kadar jenayah.
Meningkatkan beban hutang rakyat.
Meruntuhkan ekonomi negara.
Menyalahi dasar-dasar semua agama.

Kenapa DICIPTAKAN NERAKA? Soalan yang sering masyarakat yang jahil ajukan..masyaALLAH..

~ KISAH BENAR ~
Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Ana tak pasti jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.



Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i [GKKI]

Mereka yang mempunyai masa senggang pada hujung minggu ini, dijemput untuk menyertai program Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i [GKKI] yang akan diadakan pada 19 dan 20 Mac 2011. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang program ini. Mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dijemput hadir bagi menjayakan program ini. AYUH!! ♥ஜ♥(¯`•.¸♥ ISLAM WARNAI HIDUPKU ♥ஜ♥(¯`•.¸♥ ^____^

KASIH IBU membawa ke SYURGA. KASIH BAPA SENTIASA ABADI.

Namun, ada SESETENGAH IBU yang TIDAK SAH sanggup MEMBUANG BAYI mereka ke merata-rata tempat seolah-olah membuangnya seperti SAMPAH SARA..MASYAALLAH..Di mana sifat perikemanusiaan mereka ? Nauzubillah min zalik..

Rindu akan masakan SAMBAL UDANG PETAI yang sering MAK masak untuk ana :)

SANGAT SEDAP ~__~ TENGAHARI nanti, ana nak cari menu ini untuk makan TENGAHARI. ke ada sesiapa sahabat nak hulur masakan ini kepada ana? :))

TAHUKAH ANDA?

Dalam Surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud;
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

TAHUKAH ANDA??
Kadang-kadang, ada WANITA yang SUKA atau GEMAR melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki. Dalam erti kata lain, ianya dilihat seolah-olah mengada-gada, atau gedik namun bagi si LELAKI pula, mereka akan MUDAH ''CAIR'' dengan kata-kata anda itu. GUNAKAN NADA NORMAL sebagaimana anda bercakap dengan rakan-rakan perempuan anda.. Katakan TIDAK kepada LUNAKKAN SUARA apabila BERCAKAP dengan mahram. SELAMAT MENCUBA MENGGUNAKAN INTONASI dalam nada suara ya kepada kaum-kaum Hawa apabila bercakap dengan lelaki^________^

TAHUKAH ANDA tentang ARAK? Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.[Surah Al- Maidah ayat 90]

MENGAPA segelintir masyarakat pada hari ini MENEGUK ARAK seolah-olah meminum minuman yang biasa? adalah HARAM meminum ARAK walaupun setitik. MasyaALLAH..Apakah dengan meminumnya akan TERASA HILANG TEKANAN? Mengapa TIDAK IMPIKAN MINUMAN yang ABADI di SYURGA? Mengapa ARAK dijadikan PILIHAN untuk hilangkan TEKANAN? MasyaALLAH.. Penjualan ARAK ''memerlukan LESEN''.. DUNIA..OO DUNIA.. Kenapa sebegini>? Bukankah ARAK itu HARAM? LESEN seolah-olah dilihat tiket untuk ''MENGHALALKAN'' minuman najis itu.. Banyak sudah AMARAN dari ALLAH S.W.T melaui BENCANA ALAM yang ditunjukkan kepada kita. Semoga kita MUHASABAH diri BERSAMA-SAMA. Dia yang Maha Berkuasa. Apakah PERLU menunggu hari tua untuk BERTAUBAT, KEMBALI ke pangkal JALAN? Jika masa TUA , tiada., bagaimana? Fikir-fikirkan sahabat ~__~

HUKUM MEMBUNUH CICAK / WAZGAH : Sunat dan Sunnah..

alilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dgn Nabi berkenaan dgn membunuh cicak ni..NAbi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)


2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)


Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dlm ka'bah.(HR Tobrani)

Sebab-sebab boleh dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yg jahat). Baginda bersabda pd menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bg api tu besar kpd Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan MUslim).

2. Pahala yg banyak bg yg membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yg membunuhnya dgn sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yg mebunhnya pd pukulan yg ke2 dia mendapat kurang cikit (70phala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dr yg lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kpd banyaknya pahala pd pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).



Memakai BULU MATA PALSU? Apakah HUKUMNYA dalam ISLAM? HUKUM MENJADI HARUS sekiranya MEMAKAINYA kerana ARAHAN SUAMI. Ayuh!! Sama-sama kita baca PENERANGAN di bawah.

HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU:
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
Hukum HARAM menjadi HARUS sekiranya
:Berdasarkan kepada kaedah feqah asal kepada sesuatu perkara adalah harus kecuali terdapat nas yang mengharamkannya seperti wasymu (tatu) mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu perkara itu halal dan sebaliknya:

1.Niat atau tujuan, niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram tetapi niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal, umpama memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.
2.pelaksanaannya mestilah tidak melanggar batas syarak seperti menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jenis jantina.
3.haram mesti bukan daripada benda yang najis atau mendatangkan mudharat 4.khususnya wanita kerap ditekankan waniata wajib berhias untuk suami dan ia tidak termasuk dalam katogeri mengubah ciptaan.

p/s:HARUS untuk SUAMI ^____^ HARAM kerana ada unsur PENIPUAN, MENGUBAH HAKIKAT SEBENAR

KASIHANILAH kedua-dua IBU BAPA anda.

Kebanyakan masyarakat kita, di SAAT mereka masih hidup TIDAK MUDAH bagi kita untuk MENGHARGAI KASIH SAYANG MEREKA. Walhal kasih sayang mereka begitu mendalam kepada kita. Di dalam setiap helah NAFAS, GERAK BIBIR dan LANGKAH mereka, TERSEMAT KASIH SAYANG TIDAK TERNILAI harganya. TIADA APA YANG PENTING difikirkan mereka melainkan ANAK-ANAK MEREKA. Tahukah kita bahawa ANAK adalah SEMANGAT PENERUS KEHIDUPAN IBU BAPA?? Bahkan DALAM AMARAH, KEKECEWAAN dan KSEDIHAN mereka masih boleh tersenyum di hadapan anak-anak. Semua ini hanya kerana KASIH SAYANG mereka terhadap kita. Bagi sesetengah dari kita, ini mungkin NASIHAT USANG yang sudah selalu sering didengar. Namun ketahuilah WAHAI INSAN yang bergelar anak, kalimat ini tidak akan pernah usang KERANA seorang ANAK juga AKAN MENJADI IBU ATAU BAPA. MENGASIHANI IBU BAPA sebenarnya MENGASIHANI DIRI sendiri. Ingatlah kita dilahirkan dari sebuah kasih sayang, kita membesar dalam naungan kasih sayang dan kita juga AKAN DITINGGALKAN dengan LAMBAIAN KASIH SAYANG Y__Y Mungkin belum terlambat, namun SEBELUM HATI MENYESAL, KASIHILAH IBU BAPA KITA.. Bagi mereka, BALASAN KASIH SAYANG ini jauh LEBIH BERHARGA daripada apa pun yang pernah DIPEROLEHI MEREKA. Bagi mereka, KASIH SAYANG ANAK itulah BEKAL SEBAIK-BAIKNYA untuk MENIKMATI USIA SENJA mereka dan BUKANNYA LONGGOKAN HARTA yang BANYAK.



ALASAN wanita yang mengenakan TUDUNG dengan cara TIDAK BETUL, dedah AURAT.



1. Tutup aurat semua, PASTI masuk SYURGA ke?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai seksi TAPI hati kami baik.
3. Pakai jarang ke ketat ke, itu HAK kami. kalau TAK SUKA (lelaki) JANGAN tengok!! ~ tapi kalau dah free takkan takkan tak mahu tengok kan?;)
4. Kami RASA apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. cantik itu SUBJEKTIF. ~ PERLU ke TUNJUK kepada LELAKI bukan MUHRIM?
5. Walau kami TAK bertudung, kami tetap SEMBAHYANG dan puasa ~ Apakah ibadat mereka diterima? Biarlah ALLAH yang menilai walaupun syariat ISLAM tentang AURAT dilanggar~ ALLAH MAHA MENGETAHUI setiap apa yang hambaNYA lakukan.
6. SALAH ke kami pakai macam ini? TUTUP AURAT ITU BAGUS TETAPI kami tidak mahu HIPOKRIT. Ini diri kami yang sebenar~~ ISLAM mngajar umatNYA menutup aurat. MALU ke pakai tudung setelah free hair sekian lama? MALU kerana ALLAH adalah BAIK daripada MALU kepada manusia.
7. Suka HATI kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan HIDUP orang lain!! ~ dalam ISLAM, tiada istilah jaga tepi kain orang. ISLAM mahukan semua umatNYA memasuki SYURGA.;)
8. Apa yang kami BUAT(pakai), ini di anatara kami dengan TUHAN~~Hmm BERANI cakap di dunia, berani ke CAKAP apabila di depan ALLAH? ;) LAWAN ALLAH, NERAKA TEMPATNYA.NAUZUBULILLAH.
9. Ini fesyen, tak SALAH mengikut FESYEN. Takkan kita mahu KETINGGALAN ZAMAN?~~ FESYEN dengan tutp aurat ada MANISNYA malah CANTIK dipandang. TIDAK PERCAYA, kita tnya kepada KAUM ADAM.;)
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab IKUT ARAHAN photographer/ pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.~~ayat artis je..hee~kenapa tak IKUT yang ALLAH suruh ? ;)
11. Bukan kami TAK MAHU menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi. Tunggu dulu..~~ BILA? Nanti TUA?Muda2 nak enjoy kan?;)MATI tidak mengenal usia.tak takut ke mati dalam usia muda?tak sempat nak bertaubat..

AYUH PEREMPUAN-PEREMPUAN DI LUAR SANA!!KITA JAGA AURAT DAN MARUAH KITA..KITA BUKAN "MURAH" UNTUK DIPERTONTONKAN sebegitu sahaja oleh kaum ADAM..AYUH!!SAHUTLAH SERUAN INI..!!^___^