Saturday, March 26, 2011

Memakai BULU MATA PALSU? Apakah HUKUMNYA dalam ISLAM? HUKUM MENJADI HARUS sekiranya MEMAKAINYA kerana ARAHAN SUAMI. Ayuh!! Sama-sama kita baca PENERANGAN di bawah.

HUKUM MEMAKAI BULU MATA PALSU:
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
Hukum HARAM menjadi HARUS sekiranya
:Berdasarkan kepada kaedah feqah asal kepada sesuatu perkara adalah harus kecuali terdapat nas yang mengharamkannya seperti wasymu (tatu) mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu perkara itu halal dan sebaliknya:

1.Niat atau tujuan, niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram tetapi niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal, umpama memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.
2.pelaksanaannya mestilah tidak melanggar batas syarak seperti menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jenis jantina.
3.haram mesti bukan daripada benda yang najis atau mendatangkan mudharat 4.khususnya wanita kerap ditekankan waniata wajib berhias untuk suami dan ia tidak termasuk dalam katogeri mengubah ciptaan.

p/s:HARUS untuk SUAMI ^____^ HARAM kerana ada unsur PENIPUAN, MENGUBAH HAKIKAT SEBENAR

No comments:

Post a Comment