Friday, June 1, 2012

KHAS untukmu SAYANG ;)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),

dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka

memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir 

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya

 dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

 perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa

 mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-

anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi

 saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-

saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

 atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki

 yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau

 kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

 dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang

 akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

 bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang

 beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur 24:31]

FACEBOOK dan AURAT


SEHELAI RAMBUT WANITA yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja = balasannya 


70,000 tahun dalam neraka,sehari akhirat = 1000 tahun didunia,

Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki


1 - ayah kandung


2 - adik beradik lelaki



3 - suami

4 - anak lelaki kandung

NAUZUBILLAH,SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN



 MENUTUP AURAT.

P/s: Untuk kaum semua wanita,bantulah suami/ayah/abangmu dari azab neraka ALLAH 



YANG 


AMAT DASHYAT...:'(

ISLAM ASING di mata pandangan BUKAN ISLAM

Lihatlah, Betapa Asing Islam Di Mata Penduduk Negara Yang Majoritinya Orang Kafir...





Dari Abu Hurairah, Ia berkata; Rasulullah Bersabda, “Islam Bermula Dalam Keadaan Asing, Dan Akan Kembali Menjadi
 Asing, Maka Beruntunglah Orang-Orang Yang Asing” Berkata Sahabat, “Ya Rasulullah, Siapakah Orang Yang Asing Itu?” Rasulullah bersabda, “Iaitu Yang Beramal Soleh Ketika Kesesatan Manusia...”

"MELAYU tanpa ISLAM tetap tak akan masuk SYURGA..ingat molek, sebab itu jangan LAWAN ISLAM..mu nak jadi :


♥ ~ MAT REMPIT ke..
♥ ~ MAT ROCK ke..
♥ ~ MENTAL ke..
♥ ~ Geng BASIKAL FIXIE ke..
♥ ~ Geng KANCIL TURBO ke..
♥ ~ Geng HIP-HOP ke..
♥ ~ Geng MANCING ke..
♥ ~ Geng MAIN GITAR ke..

xdop masalah..sebab tu HOBIMU..tapi ingat, bila BAB AKIDAH..bab AGAMA, bab HUKUM HAKAM..mu mesti BERSAMA ULAMA.."
♥(Ustaz Azhar Idrus)♥
 

Kata IMAM HASSAN AL-BASRI ♥


♥ ETIKA PEMAKAIAN dalam ISLAM ♥



* tudung MELEPASI dada,





* baju dan seluar yang LONGGAR,





* pakai SARUNG KAKI,





* LINDUNGI lenganmu dengan memakai SARUNG TANGAN,




P/S : Jangan PEDULI orang kata kamu "pendek" TAK sesuai pakai tudung labuh atau 



sebagainya...



Jangan PEDULI orang kamu KETINGGALAN zaman, baju dan seluar macam size XXL...

sebab ada pandangan yang jauh lebih UTAMA...^_^


♥ Iaitu pandangan ALLAHU AZZA WA JALLA Penciptamu ;)

TAK USAH jadi HOT di DUNIA, AKHIRAT lagi HOT ;)


Dia Wanita Itu ;)


Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.


Belum tentu dia solehah. (--)'


Wall FB nya penuh dengan post Islamic.


Belum tentu dia amalkan semuanya.


..........................
Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi baik.

Mengikut syariat Islam selagi termampu. (^^)


Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni SYURGA ;)

MENGAPA WANITA RAMAI MENGHUNI NERAKA?

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan..
Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Ada kalangan wanita menutup aurat tapi dalam masa yang sama memakai seluar ketat atau baju yang masih menampakan susuk tubuh mereka. Ada yang menutup aurat tetapi masih bergaul bebas atau masih mudah bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang. 

hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

Seandainya satu saat kita merasa lelah, letih dan berasa putus asa dengan setiap ujian kehidupan. Maka, ucapkanlah...

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung''

WANITA HIASAN DUNIA

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." 

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At- Tarmizi)

Sabda Rasulullah SAW,;Tidak sempurna iman seseorang itu jika iatidak kasih kpd saudaranya seperti ia kasih kpd dr sendiri".


MENDAULATKAN BAHASA MELAYU sebagai BAHASA KEBANGSAAN

~♥..Berapa ramai INSAN di luar sana yang melakukan DOSA tetapi DIBIARKAN hati lazat merasa dosa-dosa itu seakan perkara itu HALAL? BERSEDERHANALAH dalam setiap apa yang kita lakukan..kerana TANPA SEDAR, perkara itu boleh mendatangkan dosa kepada DIRI..

>>> BERSYUKURLAH jika Allah telah MENOLONG dirimu untuk SEDAR jika tidak..mungkin kamu merupakan salah seorang PEWARIS MAKSIAT tanpa sedar..♥~

Terima kasih Allah, NIKMAT itu cukup BESAR..^___^

Nabi pernah bersabda, “Andaikata kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”.


Lecehnya Islam..BETUL KE LECEH?? Ke kita yang LECEH.. =,=


Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

TIADA.!!!

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Rasulullah saw. bersabda :

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.
 

"Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?'' ♥

Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi...
Kini ana baru sedar apa makna CINTA yg sebenarnya...
MasyaAllah..;)
 

SubhanaALLAH.ALLAH.ALLAH.ALLAH

Hazrat Abu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Perumpamaan seorang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti limau manis, berbau sedap dan rasanya manis. Perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang Munafik yang tidak membaca Al-Quran adalah seumpama buah peria pahit,buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang Munafik yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga Raihanah,berbau harum tapi berasa pahit."
[HR Bukhari,Muslim dan Ibnu Majah] 


Keterangan:
Hadis ini bermaksud membandingkan perkara yang tidak nyata(abstrak) dengan perkara yang nyata (konkrit) supaya perbezaan membaca dengan tidak membaca mudah difahami oleh akal fikiran.

Aku BERSYUKUR kerana CINTA ALLAH telah mengubah aku menjadi seperti hari ini...kerana aku tidak kenal apa itu CINTA melainkan aku TERHUTANG CINTA dengan PENCIPTA...maka, sekarang aku ingin membayarnya...membayar dengan menjadi HAMBANYA YANG MENCINTAINYA SEPENUH HATI..~

>>> CINTA boleh MENGUBAH manusia...tapi CINTA pada ALLAH adalah segalanya..kadangkala rasa TIDAK LAYAK untuk berbicara soal CINTA pada MAKHLUK, kerana diri sendiri BELUM KENAL sepenuhnya bagaimana itu CINTA kepada PEMILIKNYA MAKHLUK...♥♥<<<

Masih ramai yang meninggalkan solat, SATU KEFARDHUAN yang paling BESAR dalam ISLAM

~✿>> Masih ramai yang meninggalkan solat, SATU KEFARDHUAN yang paling BESAR dalam ISLAM..orang yang tidak solat ini, TIDAK LAYAK bernama ISLAM..kerana orang yang tidak solat :

1) musuh Allah..
2) musuh Malaikat..
3) musuh para Rasul..
4) musuh para Nabi..
5) musuh orang yang BERIMAN..

Tetapi kita TIDAK PANDANG, meninggalkan solat sebagai SATU JENAYAH..bagi kita jenayahnya, HISAP DADAH..ROMPAK dan SAMUN tetapi meninggalkan solat, tidak ada apa..

TIDAK SOLAT? Tidak kira, anak raja, anak pemaisuri, anak menteri..presiden DUNIA ini sekalipun..PASTI Allah letak di dalam NERAKA SAQAR..
Allahurabbi..

♥(Ustaz Azhar Idrus)♥

Apabila kita diberi UJIAN samada yang BAIK mahupun BURUK, MUDAH atau SUKAR, GEMBIRA atau DUKA. INGATLAH, semuanya dari ALLAH. YANG TIDAK BAIK itu adalah KIFARAH dan yang BAIK itu adalah NIKMAT dari-Nya dan UJIAN dari-Nya untuk melihat TAHAP KESYUKURAN sohabat-sohabat. PERCAYA atau TIDAK, itulah REALITINYA (=


PENGAKUAN SEORANG WANITA

Ada ASAS dan BENARNYA. Muhasabah untuk wanita yang TIDAK MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA. Pedoman untuk para suami yang MEMBIARKAN anak-anak dan juga ISTERI mereka MENDEDAHKAN AURAT. 

P/S: Pakai TUDUNG sahaja TIDAK MENGIRA TUTUP AURAT. Tutup AURAT tu, pakaian yang DIPAKAI itu TIDAK JARANG, TIDAK KETAT, TIDAK NAMPAKKAN SUSUK BADAN, TIDAK TERLALU TERANG dan BERTUDUNG sehinggan PARAS DADA. takde la kena pakai TUDUNG sampai LUTUT ((= Juga, kaki tu. PAKAI sarung KAKI ya ♥ insyaALLAH..PASTI AURATMU DILINDUNGI dan BEBAS dari anasir dan PERHATIAN lelaki ♥ (= Untuk lelaki pula, AURAT kamu dari PUSAT hingga PARAS LUTUT. Tetapi berpada-padalah berpakaian juga ya. TAKKAN nk ''JUMPA'' ALLAH pun pakai SELUAR PENDEK :)

♥ KAMI KONGSI BAJU SAMA ♥ ~ MENYAYAT HATI u___u

"Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang."Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.

"Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu yer…….”Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. "

♥ MUHASABAH DIRI ♥

Solat dhuha malas?
Solat sunat rawatib malas?
Baca Quran malas?
Berwudhu' malas?
Solat fardhu 5 waktu lambat-lambat?
Solat sunat witir malas?
Baca Kitab agama malas?
Sedekah pun tak?

Habis tu apa yang rajinnya?
Cakap nak ke SYURGA?
Tapi kalau takde suatu amalan pun yang istiqomah, cane? Tell me, cane?

Nak SYURGA semua orang nak.
Didatangkan ke dunia ni supaya Tuhan dapat uji dan tapis siapa yang layak ke syurga.
Kita sedar tak tu?
Doa doa doa supaya diberi kekuatan :)
Paksa diri supaya dapat buat kebaikan :)
InsyaAllah, bolehnya. Tuhan kan baik.♥


Dakwah : Antara AMANAH dan HOBI? Apa PILIHAN anda?(=


Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?

Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?

Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.

Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik. Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.
"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)
Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.

Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?

Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?

Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?

Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.

Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?

Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.

Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.

Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.

Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.

p/s: Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'."Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."
 

♥ KACAK vs SOLEH ♥


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita solehah..... ♥ ^___^ ♥