Friday, April 29, 2011

HUKUM MUSLIMAH PAPAR DIRI

(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”
Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

(2) wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
lagipun wanita adalah fitnah trbesar bagi lelaki.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4)Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5)sabda RASULULLAH S.A.W.;
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya



Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Al-Ahzaab 33:59]

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang.

SATU,
Kamu jadi seperti SANTAN KELAPA.
Mudah diperolehi..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang..

KEDUA,
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Di lindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehinya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan disimpan selamanya..

Jadi,
Kamu pilihlah samada hendak jadi KELAPA
ataupun MUTIARA?

di sebalik SANTAN.
menjadi penyedap makanan...
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya kari habis dimakan...
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan...
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan...

MUTIARA..
tertanam didasar yang paling dalam..
sukar andai megharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit keras menghadang...
namun kiranya ditemui insan...
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman...
atau dileher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian...

tentukan mana satu pilihan..

menjadi SANTAN...
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang sgala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA.
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia... tangisan mengiringi berzaman

MANA PILIHAN MUSLIMAH-MUSLIMAH di LUAR SANA? :)

Belajar dan TERUSKAN PERJUANGAN menghapadi peperiksaan BELUM LAGI SELESAI.

mun, INGAT!! Sebanyak mana pun kamu menelaah, sebanyak mana kamu pun kamu bersengkang mata untuk peperiksaan, NAMUN jika kamu lupa ALLAH S.W.T segala KEMUNGKINAN yang kamu TIDAK ingini akan BERLAKU. Usaha, Doa, dan Tawakal merupakan KUNCI UTAMA kepada KEJAYAAN. Manisnya KEJAYAAN itu akan dirasai dengan DOA dan rasa penuh tawaddu'. Sekiranya ada ARAL, ada HALANGAN semasa peperiksaan untuk tugasan yang penting dan diperlukan serta menghadiri majlis-majlis ILMU, ingatlah TIADA ISTILAH RUGI MASA. InsyaALLAH , ALLAH akan bayar masa itu dengan memudahkan ingatan tatkala masa peperiksaan yang singkat. Sebagai daie, ALLAH sentiasa bersama kita sekirannya kita mengingati (beribadat) dan meminta (berdoa) kepada-Nya. Salam imtihan untuk semua sahabat yang akan menghadapi peperiksaan (= PESANAN ini untuk DIRI ana yang TERLALU SIBUK dengan urusan luar TATKALA peperiksaan yang semakin dekat. Tugasan ini TUGASAN ALLAH ^_^



Untukmu WANITA sebagai TANDA SAYANG AKAN MUSLIMAH-MUSLIMAH DI LUAR SANA . Sebaik-baik HIASAN ialah WANITA SOLEHAH. ^__________^





1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik…

''SEBESAR-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan 0rang lain sedangkan keburukan tersebut terdapat dalam dirimu sendiri.'' ♥ (Imam Syafie)

SESEKALI DIUJI

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan di jiwa



Antara Pegang Awek & Pegang Anjing





LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Salam IMTIHAN ^_________^



NIKMAT yang PALING MANIS adalah apabila ALLAH S.W.T MENTARBIYYAH kita dengan pelbagai UJIAN. Namun TAUTAN UKHWAH mampu berhadapan dengan SEJUTA KESULITAN. PERJUANGAN yang MEMBERIKAN SUNTIKAN SEMANGAT. ALIRKAN HALAWATUL UKHWAH, KESUNGGUHAN DALAM BERJUANG melalui ROBITOH HATI. Moga UKHWAH yang DIBINA ini sehingga ke SYURGA. Amin..amin ya ALLAH. Semoga ALLAH S.W.T PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN :)

BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN ^_________________^

Saturday, April 16, 2011

4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA

1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuan di dunia.dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat,mengaji dan sebagainya.dia membiarkan anak-anak perempuan 
tidak menutup Aurat.Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan 
dunia sahaja.maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2.SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di 
pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram.Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim,solatnya tidak pernah bertangguh,puasanya tidak tinggal,maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3.ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada,bertangjawap menjaga maruah wanita jatuh ke 
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari 
ajaran Islam,tunggulah herekan adiknya di akhirat kelak.

4.ANAK-ANAK LELAKINYA....
apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
disisi Islam.bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,memfitnah,mengata dan 
sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat 
kelak.Maka nantikan heretkan ibunya ke Neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM
(smga mnjadi pemimpin yg baik)
Amin.amin ya ALLAH...
(^_^)



Sangat-sangat COMEL ^______________^ ♥ ♥ ♥ (_= Nak baby comel camni la ^___^

Friday, April 15, 2011

Astagfirullahalzim..~__~ TIDAK KIRA SEKSI BUKAN UNTUK CARI LELAKI ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. ''TUNJUKKAN'' TUBUH ANDA KEPADA SUAMI ANDA BUKAN TATAPAN UMUM. TAHUKAH ANDA HUKUM TABBARUJ?

Tabarruj menurut takrifan Imam Bukhari ialah,

“Seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”

Takrifan ini selaras dengan firman Allah di dalam Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Daripada ayat ini ada beberapa kesimpulan yang boleh kita fahami. Antaranya ialah:

1.Menutup aurat bukan sekadar bertudung menutupi kepala @ rambut seperti mana yang difahami oleh segelintir (mungkin kebanyakkan) muslimah Melayu di negara kita. Adalah pelik bilamana seorang perempuan bertudung tapi mendedahkan leher, dada, atau memakai baju berlengan pendek. Jelas mereka juga tergolong dalam golongan yang tidak menutup aurat.

2.Segelintir muslimah keliru dan tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan larangan berhias sehingga ada di kalangan mereka yang bertudung labuh sekalipun tetapi masih tidak dianggap menutup aurat. Pelik bukan? Hal ini kerana mereka mendakwa sudah menutup aurat akan tetapi masih berpakaian yang menarik perhatian golongan muslimin (bukan mahram) seperti memakai pakaian yang bercorak terlalu menonjol @ menarik perhatian, bermanik-manik dan sebagainya. Inilah akibatnya apabila kita memahami nas hukum secara literal tanpa mengkaji maqasid (objektif) syariah itu sendiri. Tujuan Islam mewajibkan wanita menutup aurat mereka adalah untuk mengelakkan fitnah dan gangguan daripada lelaki. Sekiranya muslimah menutup aurat tetapi masih berpakaian yang menarik perhatian kaum lelaki, adakah mereka memenuhi tuntutan syariah tersebut? Malah seringkala pihak tertentu menamakan pakaian fesyen sebagai busana muslimah. Perkara inilah yang perlu kaum muslimah fikir-fikirkan.

3.Di dalam ayat di atas tadi juga menyatakan larangan untuk kaum muslimah memakai perhiasan yang menghasilkan bunyi (hentakan) yang sudah pasti menarik perhatian orang di sekeliling untuk melihat mereka. Ini termasuklah memakai kasut tumit tinggi (kecuali jika anda boleh pastikan ia tidak menarik perhatian), gelang kaki dan sebagainya.
Kesimpulannya, hukum tabarruj adalah haram di sisi Islam kecuali untuk suami dan mereka yang mahram.

" WANITA IDAMAN "

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .

Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "