Sunday, January 22, 2012

COUPLE VS NIKAH


Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dua rakaat orang yang beristeri itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat orang bujang."
Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Nikahilah wanita, sebab ia akan mendatangkan kekayaan."
Seorang sahabat yang bernama Syadad bin Aus ra, dengan penuh semangat berkata pada keluarganya, "Nikahkanlah aku, sebab Nabi SAW telah berwasiat kepadaku agar aku tidak bertemu Allah dalam keadaan membujang…”
 

Ambe nok teko, ce awok-awok lake cari mane Ustaz Azhar Idrus ♥ ? Alik kanang ke alik kiri.. ce teke ;p Bakpe awok-awok bui jawapan lagu tu ? :) Saling tak TUMPAH muka dengan Zizan Raja Lawak .. :)

TUDUNG LABUH itu KOLOT?

Selepas UPSR, saya di hantar ke sekolah agama oleh ibu bapa. Bukan atas kehendak sendiri. Saya juga tidak membantah. Hanya kerana sepupu perempuan saya turut belajar di situ, saya tidak keberatan.

Saya juga pernah menghadiri temuduga untuk memasuki Kospint yakni Imtiaz sekarang. Hampa kerana tidak terpilih.

Seperti yang umum maklum, belajar di sekolah agama menuntut pelajar perempuan memakai tudung labuh. Saya ketika itu masih belum faham kenapa perlu memakai tudung labuh.

Adakah tudung segi tiga masih belum menutup aurat?

Tetapi, soalan itu hanya berlegar di fikiran. Tidak pernah diluahkan dan tidak pernah dikaji.

Timbul rasa jengkel juga di hati, '"selekehlah pakai tudung labuh", "nampak gemuk", "tak smart langsung".

Oleh sebab itu, apabila diadakan aktiviti sukan atau apa-apa aktiviti di luar waktu persekolahan, saya akan menyarung tudung segi tiga biasa menggantikan tudung besar itu. Saya kurang rasa bersalah kerana senior juga begitu.

Tiada lagi tudung labuh apabila menghadiri latihan kawat pada waktu petang, atau latihan untuk hari sukan kerana tiada seorang pun guru yang menegur. Kalau ada pun, bukan saya yang ditegurnya. Saya rasa selamat untuk memakai tudung segi tiga.

Begitu juga apabila keluar dari asrama, selain daripada outing pada waktu persekolahan, terutama apabila bersiar-siar dengan keluarga atau kawan-kawan, saya tidak pernah sekalipun memakai tudung labuh sekolah apatah lagi mahu mempunyai koleksi tudung labuh yang lain. Sungguh waktu itu, tudung labuh bagi saya adalah kolot. Ketinggalan zaman.

Bermula dari tingkatan satu hinggalah tingkatan tiga, tiada input yang saya dapati sama ada dalam waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan berkenaan kebaikan memakai tudung labuh. Tiada sesiapa pun yang menceritakan kepada kami mengapa para pelajar perempuan di sekolah ni diwajibkan pakai tudung labuh.

Yang ada hanya guru yang menyindir kami dengan kata-kata:

"Korang ni bila kaki dah langkah luar pagar sekolah, tudung labuh entah ke mana, baju ketat, seluar ketat, tudung kecik". Saya hanya mencebik. Apa salahnya tudung kecil!

Di mata saya tudung labuh hanya dipakai oleh ustazah. Tetapi, pemikiran itu berubah sedikit apabila guru Sains saya memakai tudung labuh juga. Tetapi, saya malas memikirkan tentang perihal tudung labuh ini.

"Yang penting aku dah tutup aurat sepenuhnya, ok lah".

Meskipun spotcheck tudung selalu dilakukan, kami tidak pernah serik. Undang-undang sekolah kami tidaklah seketat sekolah agama yang gah dan hebat yang lain. Tudung pelajar perempuan tidak boleh atas daripada paras siku.

Peraturan ini boleh diterima lagi kerana ada sekolah yang mewajibkan tudung pelajarnya mesti bawah pergelangan tangan. Tetapi, para pelajar yang "rimas" telah dididik oleh para senior supaya memendekkan tudung dalam erti kata yang lain, tudung yang labuh diubah suai agar ianya atas daripada siku.

Bagi kami, tudung sebegini nampak lebih kemas. Stok tudung labuh tetap ada untuk kecemasan yakni spotcheck. Hanya dipakai apabila tersebar khabar angin bahawa pagi itu akan dilakukan spotcheck.

Usai keputusan PMR diumumkan, saya mendapat tawaran ke sebuah MRSM di pantai timur. Alhamdulillah. Bolehlah keluar dari kongkongan sekolah agama ni. Mimpi saya ialah peraturan akan lebih longgar, pelajar boleh pakai apa-apa sahaja yang disukai, ber'couple' tidak akan jadi halangan, pendek kata moden.

Tetapi, impian itu bertukar 180 darjah. Kami diwajibkan solat Subuh, maghrib dan Isyak secara berjemaah, diwajibkan memakai stoking apabila keluar dari asrama, dilarang ber'couple', tidak boleh memakai scarf kepala yang menutup hanya separuh, track suit yang mencekik di bahagian bawah dilarang sama sekali, handsock diwajibkan.

Tambahan lagi, di dalam kelas pelajar perempuan mestilah duduk belakang pelajar lelaki menyerupai saf dalam solat, tudung yang jarang akan dihukum, tudung yang tidak melebihi bahu akan di denda, seakan-akan peraturan bertambah ketat berbanding sekolah agama saya dahulu.

Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan dan muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri. Peraturan ini dianggap mengongkong bagi pelajar yang jiwanya masih terbelenggu dengan dosa termasuk saya.

Tetapi, Alhamdulillah jauh di sudut hati saya, saya mengagumi peraturan ini. Seolah-olah Allah S.W.T ingin menjaga kami para pelajar wanita daripada terjerumus dalam dosa. Allah S.W.T ingin menjaga kami daripada pandangan jahat lelaki berhati kotor. Allah S.W.T ingin mendidik kami ke arah lebih solehah.

Bermulanya detik saya mengenali Allah S.W.T lebih dekat. Majlis-majlis ilmu yang dihadiri mula membuka hati saya yang tepu dengan dosa. Selain itu, ada beberapa senior yang bertudung labuh yang membuatkan hati saya terdetik:

"Kenapa mereka memilih pakai tudung labuh sedangkan MRSM tidak mewajibkan pelajarnya bertudung labuh".

Kagum. Mereka satu dalam sejuta. Permata di celahan kaca.

Satu kejutan apabila melihat seorang sahabat yang baru dikenali ketika orientasi yang pada awalnya bertudung segi tiga secara drastik bertukar kepada tudung labuh. Lalu, saya bertanya mengapa. Beliau dahulu bersekolah agama, ceritanya lebih kurang seperti saya.

Katanya, hatinya terdetik untuk berubah apabila menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zolkolnain Singah, ustaz yang kami kagumi, berkenaan mayat seorang lelaki yang berusia 18 tahun di Timur Tengah yang digali semula selepas tiga jam untuk dibedah siasat. Meskipun hanya tiga jam berada dalam liang lahad, mayatnya hampir tidak dikenali.

Rambutnya beruban, mulutnya dipenuhi darah, riak wajahnya ketakutan seolah-olah baru melihat sesuatu yang dahsyat, matanya tersembul keluar, tulang rusuknya patah seolah-olah dipukul oleh sesuatu, badannya dipenuhi darah dan lebam kesan paluan! La haulawala quwwata illa billlah.

Ayahnya memaklumkan apabila ditanya bahawa anaknya itu sepanjang hidupnya tidak pernah solat, minum arak, dan berzina. Lalu terdetik dalam hati sahabat saya andai kata beliau mati, apakah sudah bersedia dengan amalan yang dilakukan?

Adakah auratnya sudah sempurna ditutup?

Perubahan yang dirasakan agak payah tetap dilaksanakan demi kematian yang bakal menjelma. Ya, sahabat sekeliling memandangnya dengan kehairanan. Tetapi, semangatnya utuh.

Di awal tahun tingkatan lima, kami diwajibkan menyertai Kem Jati Diri yang menuntut kami beraksi lasak. Memanjat, berkayak, berenang dalam lumpur, berlari, mengangkat beban, denda kami adalah push up.

Saya terfikir bagaimana sahabat saya yang bertudung labuh itu menghadapi semua ini. Bayangkan dalam lumpur, dengan tudung labuhnya, dia masih kental beraksi. Saya kagum.

Lalu, saya mula mencari sebab kenapa perlu bertudung labuh. Allah S.W.T telah mengilhamkan. Meskipun saya bertudung seperti kebanyakan orang lain, yakni tudung segi tiga yang bagi saya sudah menutup aurat, tetapi saya berasa rimas dan takut untuk berada di hadapan lelaki.

Tudung saya tidak menutup sepenuhnya bahagian belakang. Seolah-olah mereka nampak apa yang sepatutnya mereka tidak nampak. Iaitu tali baju dalam. Maaf kerana agak peribadi. Tetapi ya, saya langsung tidak selamat. Apatah lagi jika memakai baju yang jarang dan nipis.

Satu lagi sebab, meskipun tudung saya melepasi dada, tetapi andai kata angin bertiup kencang, tudung akan terselak lalu dengan mudahnya dada kelihatan. Lalu saya meneliti kakak-kakak yang bertudung labuh, apabila tudung mereka ditiup angin, ia masih tidak menampakkan dada mereka. Kerana tudung itu labuh lalu ia menutupi bahagian sisi dada mereka. Subhanallah.

Ditakdirkan kami sekelas ketika tingkatan lima. Waktu itu saya mula mengubah cara pemakaian tudung sedikit demi sedikit. Daripada tudung bawal ke arah tudung cotton yang tebal.

Kemudian beralih ke tudung bidang 60. Terdetik juga mahu memakai shawl. Pendek kata saya masih mencari identiti. Tetapi di sekolah, saya tetap bertudung segi tiga kecil. Masih belum berani untuk konsisten.

Sehinggalah suatu ketika, entah kenapa, saya tiba-tiba teringatkan tudung labuh saya yang dipakai sewaktu sekolah agama dahulu yang kini hanya terperuk dalam almari. Lalu, saya meminta ibu mengirimkan tudung tersebut kerana saya mahu menjahit tudung labuh saya sendiri.

Bermakna saya mahu memakai tudung labuh. Keinginan itu disuarakan kepada ibu dan kepada sahabat saya tadi. Mereka gembira. Saya mendapat semangat. Lalu proses menjahit siap cuma tinggal mahu memakai ataupun tidak.

Tiba waktu prep, saya meminta roommate menemani saya menuju ke kelas. Alhamdulillah, kami tidak bertembung dengan sesiapa pun waktu itu. Saya selamat tiba ke kelas. Pandangan pertama sahabat sekelas tidak akan dilupakan.

Rasa malu menyelubungi lalu saya menyendiri di satu sudut untuk seketika. Tetapi sahabat sekelas saya ibarat adik-beradik sendiri, mereka berpura-pura tidak perasan akan perubahan itu demi menjaga hati saya. Lalu, prep pun berjalan seperti biasa. Saya tidak rasa janggal lagi.

Bermula dari hari itu, beberapa sahabat juga telah mula bertudung labuh, tetapi kami masih golongan minoriti. Beberapa pelajar lelaki yang mungkin tidak tahu kerap mengusik dengan kata-kata yang lebih kurang, "kaya betul lah korang, banyak duit nak beli kain!", "boleh buat sapu lantai lah kalau macam ni", "wei, ustazah, ustazah!".

Ketika kami masih "diusik", Allah S.W.T telah menenangkan hati kami melalui tulisan Fatimah Syarha dalam kolum beliau menerusi majalah Solusi. Masih saya ingat tajuknya "Corat-coret Kisah Tudung Labuh".

Pengalaman Fatimah Syarha bertudung labuh menaikkan lagi semangat kami untuk istiqomah. Lalu, saya dan sahabat terus menfotostat kolum itu dan ditampal ke semua kelas. Sebagai usaha kami membela wanita yang bertudung labuh.

Kelegaan yang amat. Bermula dari hari itu, kami kurang menerima usikan-usikan mereka.

Terima kasih Allah S.W.T kerana memberi ilham kepada Fatimah Syarha untuk menulis tentang tudung labuh. Hebatkan Allah S.W.T!

P/S:Kuncinya hanya satu, jika kita berubah kerana manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika berubah kerana Allah S.W.T, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten. Insya-Allah.

RELATIONSHIP dan WANITA

Seorang wanita yg BERANI meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa???AKHIR ZAMAN ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...ALLAURABBI

Tahukah SOHABAT bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan COUPLE yang jelas HARAM...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple..==' WALAUPUN BERTUNANG sekalipun kerana Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Oleh itu JANGAN BERBANGGA dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...HALALKAN segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat (=



Apa BEZANYA kami ini ~~' CIRETERA MAK NYAH dan MUSLIMAH

"Okey Emy, balik dulu.." Ana mengangkat tangan lalu melangkah dari kaunter meninggalkan Helmi selepas selesai bertugas pada petang Khamis itu. Seperti biasa, selepas menunaikan solat Asar di surau stesen, ana akan bergegas ke tandas untuk membetulkan tudung dan niqab. Semasa asyik membetulkan pin niqab, pintu dibahagian tengah tandas terkuak....

"Okay..nanti Rina call you balik ye. Iyelah honey...Rina pun tak tertahan menanggung rindu." Hampir nak termuntah ana mendengarnya walaupun tidak mengerling langsung siapakah gerangan yang menjawab telefon sambil menapak keluar dari tandas tersebut. Ana masih sibuk menarik-narik niqab agar tegang dibahagian batang hidung, iyelah..bersesak-sesak didalam LRT. Nanti, time tulah nk membetulkan niqab yg tak center. 'Si kelibat' ini berada betul-betul disebelah ana. Dari kerlingan tepi mata sedang asyik menapuk-napuk bedak sampai debu-debunya bertempiaran ke sinki tempat ana berdiri. "Melampau pulak dierrrr......" Getus hati.

Tiba-tiba mata ni seolah-olah macam teringin benorr nk memandang 'Si Kelibat" ni. Terbojol mata bila menyaksikan tepat kearah halkum dewata punya besar. Fikiran menerawang. Apesal bahu tak normal ni? Besar semacam...Dengan skirt pendek, betis besor. Aiik....Astaghfirullahala'zim..barulah ana perasan. "Makkk...Pondan!!!!" Jerit hari ana...Macam mana ni. Nampak akak cleaner ada sedang asyik mencuci tandas pertama. 

"Eii...kamu ni lelaki kan? Kamu tau tak salah masuk tandas wanita? Tak malu ke?." Ana cuba memberanikan diri. Iyelah, nasib baiklah ana tak gondol pakai anak tudung je. Bukan ke tu nanti jadi kes aniaya? "I perempuan la nokk.." 'Wanita' celup ni dah mula menaikkan kening pada ana. "Astaghfirullahala'zim...jangan macam ni lah saudara. Awak ni Allah jadikan sempurna,elok,lengkap...Kenapa nk ubah2? Awak tau tak..kalau tadi saya betulkan anak tudung, awak secara free dh dapat tgok aurat saya, sedangkan itu bukan kerelaan saya kalau saya tahu awak ni lelaki. Kalau awak benar-benar nak jadi wanita sangat. Cuba pakai tudung! Saya nak tengok, agak-agak awak masih tak nak kekal sebagai wanita?? Awak ingat cantik ke jadi wanita macam ni? Terbonjol sana, terlopong sini...Ini bukan wanita...ini badut." Ana dah mula mencekak pinggang. Sikit berang sebab sudahlah dia melawan ana yg staff Stesen. Melanggar peraturan pula. Nak bicara soal jantina lagi tu...Isk..isk..isk...

"Kakak,makcik or whatsoever la...I ni dah lali dengan ceramah perdana you all's..You all's if nak buat forum, pegi tempat lain. Bagitau je yang you all's jealous dengan I, sebab I lagi mengancam dari You all's, kan? Katalah ape pun. Ada aku kisahhh...???." Beliau menapuk-napuk bedak lagi. "Fine,saya pun dah tak mampu cakap ape dah. Sebab bila kita nasihat pun, yang awak dan kawan2 jenis awak ni cuma nak dengar orang macam kami ni tak tergugat dgn clone mcm awak kan...Takpelah. Saya nasihat sbb sy rasa belum terlambat lagi. Tapi, macam yg saya selalu kata pada kawan-kawan 'lembut' sya lah..Sampai bila you all's ni nak stay jadi orang lain. Sampai satu saat dan masa, you all's akan kembali mencari yang benar. Tapi jangan sampai terlewat ye." Ana pun berlalu pergi.

Kemudian dalam train, nak dijadikan cerita. Semasa train singgah di Stesen KL Sentral, masuklah sekawan 'mak nyah' dan berdiri bersama dengan ana di palang tempat ana berpaut. Mereka ini tak sudah-sudah bercerita mengenai itu,ini dan sebagainya. Kejadian pertama, tangan mereka ini hampir mengena tangan ana. Dan ana sudah memberi 1st warning. Kemudian semasa train berhenti lagi, seorang dari 4 orang 'mak nyah' ini terlanggar ana.. "Hey, boleh tak jaga perlakuan kamu!." Ana mula mempertahankan diri. Tidak sudah dengan kisah di tandas wanita. Kini golongan ini bertindak biadap pula di dalam train. "Elehh..sesama pompuan pun nak kecoh!" Seorang dari 'mak nyah' ini mencebik ana. "Awak bukan perempuan.." Ana memandang tepat kearah mereka. Setelah selesai kes tersebut, ana terus berdiam. Tetapi ternyata 'mak nyah' ini berkomunikasi dalam english pula. Di ayam-ayamkan ana ibarat memakai niqab, maka jelas seperti ana ini kekampungan tidak tahu bahasa luar. "Excuse me, do we know each other exactly? Am i disturbing your 'honey bunny' till you disgrace myself on public? Shame on you,dude!." Mereka hanya terkebil-kebil memandang ana dan berlalu di stesen Taman Jaya. Ana menarik nafas lega..Fuuhh. Alhamdulillah. Allah memadamkan api kemarahan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah....

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

===============================================

Setibanya ana di Stesen Kelana Jaya, ana menaiki lif dengan ramai wanita Muslim yang rata-ratanya memakai skirt pendek. Mereka memandang ana atas dan bawah. Aikkk..hairan. Aku yg patut dipandang pelik, atau kalian yang harus kukatakan seperti pondan ganazzz yg baru kutemui tadi...Ana cuma mengurut dada utk menahan kesabaran. 

Benarlah kata teman ana. Kadang-kdang takde beza antara pondan/mak nyah dengan sahabat-sahabat wanita kita yang enggan menutup aurat. Kenapa pondan ini gemar berpeleseran? Selagi ada penasihat mereka. Selagi ada wanita asli pesaing mereka. Selagi wanita Muslim enggan menutup aurat ini masih tegar memilih kata 'belum sampai seru', selagi itulah kita tak dapat membendung kebiadapan si 'mak nyah'. Seperti yang ana jelaskan dari awal cerita tadi. Kenapa kita tak pernah lihat 'mak nyah-mak nyah' ini tidak bertudung lengkap menutup aurat ye??? Dah macam takde beza dah dengan wanita-wanita Muslim yang pergi keje, keluar shopping atau bersantai dengan skirt,short pant dan sebagainya. Kerana 'mak nyah' juga mampu menjadi mereka... itu pun wanita kita tak mahu sedar takde keistimewaan dah dengan membuka aurat. Malah memberatkan pandangan.

Pada 'mak nyah-mak nyah' yg tak diiktiraf dalam Islam ni. Sudah-sudahlah membelitkan fakta anda tu golongan 'TULEN'. Silap-silap ada yang keluar dalam surat khabar muka depan.. Siapa nak jawab tu nokkk.....? >,<'

MAHU BAHAS? mahu PERTIKAI? Mahu BANTAH? Silakan jika BERANI.. Apabila DILARANG, DIBERITAHU, ENGGAN ikut.. HEBAT SANGATKAH DIRI sehingga TIDAK MAHU mengikut apa yang ALLAH LARANG?? ♥

P/s:Hok nak paka tudung, paka molek.. Jangan sebab pakai tudung sebab nak FESYEN jah.. tapi tudung sikat, kecik.. berat nanang.. Paka tudung LEPAS sehingga DADA.. Takdokla kena paka tudung sapa lutut,. ISLAM kan MUDOH..BAKPO gak wat payoh..

Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [Surah Al-Hajj 22:62]

Ana wakil wanita, sokong MONOGAMI, TIDAK POLIGAMI (= Sohabat??

JAGA IKHTILAT semasa BERKAWAN..


P/s:JANGAN jadikan TEPUK-MENEPUK itu PERKARA BIASA kerana TIDAK MUSTAHIL PERKARA LUAR BIASA akan TIMBUL. Percayalah..


p/s:ingatkah lagi sohabat akan JANJI SYAITAN dalam surah An-Nisaa 4:119 ''Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.''
 

Inilah REALITI wanita sekarang.. Betul atau TIDAK wahai SYABAB di luar sana? :)

p/s:KECANTIKAN di luar BUKAN PENENTU kebahagiaan..tetapi KECANTIKAN AGAMA dan AKHLAK akan MENJADI KEBAHAGIAAN ABADI..InsyaALLAH ^_^

"Kita RISAU sekiranya MEMANDU KENDERAAN tanpa LESEN, CUKAI JALAN dan INSURANS....Akan tetapi,KITA perlu LEBIH RISAU sekiranya "MEMANDU" HIDUP tanpa IMAN dan AMAL.:) ROAD BLOCK POLIS atau JPJ sentiasa mengenal MASA dan KETIKA..Akan Tetapi, ROAD BLOCK MALAIKAT MAUT tidak pernah mengenal MASA dan USIA..:) P/S : Oleh itu, IMAN adalah LESEN kita untuk ke SYURGA manakala AMAL adalah INSURANS penebus DOSA-DOSA kita..:) ♥

Rasulullah SAW bersabda, "Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu agama, lalu timbul fitnah (bala bencana dan kekacauan) di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.."

Soal HATI dan PERASAAN tiada siapa yang bisa merungkai melainkan Dia yg Esa..TIADA yg ISTIMEWA di dalam hati ini melainkan Dia…HATI ini semakin makin YAKIN mmg Dia shja yang BERTAHTA di HATI ini…biarlah Dia lebih Mengetahui apa yg wujud di dalam HATI ketika saat ini sedangkn Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan kita..

p/s:Berbaliklah padaNya..InsyaALLAH.. KEBAHAGIAAN itu akn HADIR,cukuplah bagi kita Dia yg lebih Mengetahui tersirat di hati ini daripada dilafazknnya yg akn membinasakn diri kita kelak..Ya ALLAH,tenangkanlah fikiran kami agar hati ini kembali bertaut hanya pada cintaMu...sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah Kehendak-Mu Ya Allah.... lalu ku berserah pada-Mu kerana hanya Engkau yang tahu apa yg TERBAIK untuk kami..♥

ADIK dan KAKAK >> TIADA ADA SALAH dalam ISLAM yang MUDA menegur mereka yang TUA.. ASALKAN BETUL dan tidak SESAT dan MENYESATKAN ((=

Adik: wah..akak cantiknya..nak kemana tu??

kakak: terima kasih adik sayang..akak nak keluar kejap..ok tak rambut akak cmne??

adik: ok!..kakak ne memang cantik pun...sebelum akak keluar adik nak tanya..akak sayang mak tak?

kakak: sayang!

adik: abah??

kakak: tentulah sayang..:)

adik: abang??

kakak: sayang...semua akak sayang..:)

adik: kalau akak sayang kami semua..tutuplah rambut tu..pakai kain langsir tu pun takpe...yang penting tutup aurat...akak taknak kan ibu,mak dan abang masuk neraka sebab tak dapat didik akak jadi anak yang solehah..

kakak:..+_+'.

Tengah BERFIKIR untuk BUAT STATUS >,< STATUS ana untuk BAGI ORANG TERASA bertujuan UNTUK MENDIDIK.. Bukan UNTUK DIHERDIK dan MENGHERDIK.. Semuanya kerana ALLAH ^__^ P/s:tidak suka akan bobelan ana, asif.. boleh remove ana..(=

♥ Kucing adala binatang kesayangan RASULULLAH SAW ♥

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum.

Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Ia menjawab, “Ya.”

Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.

Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”

Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.

Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh sebab itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci



INILAH antara FITNAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHURABBI.. Para HACKERS menghantar link yang TIDAK SEPATUTNYA dihantar menggunakan FACEBOOK pengguna FB ini.. ALLAH..ALLAH..ALLAH..Sebarkan bersama~

ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud : “Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan.” [Al-Waqiah : 1-6]

USAH dan USAHLAH BERBANGGA dengan KELEBIHAN yang ada ♥ Apa yang sohabat ada, apa yang sohabat MILIKI, hanya MILIK ALLAH.. JANGAN biarkan NIKMAT itu menjadi KEKUFURAN tatkala RIAK dan UJUB MENGUASAI diri,

USAH RISAU akan JODOH sohabat. Oleh itu, RELATIONSHIP sekarang TIDAK MENJAMINKAN APA-APA sekiranya apa yang ditulis-Nya sejhak di Luh Mahfuz bukan milik sohabat ^_^

~ antara bait yang ada dalam novel HATIKU MILIKMU dan pembaca akan TERTANYA kepada diri ‘’Hatiku pula milik siapa?’’ ..

Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, 
semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…

Kupu-kupu tidak tahu WARNA sayap mereka, tapi manusia tahu betapa INDAHnya mereka..

Begitupun juga diri kita, tidak tahu betapa indahnya diri kita. Namun betapa ALLAH meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya. Ketika kita TUNDUK dalam SyariatNya, REDHA atas TakdirNya, TERSENYUM dalam musibah, TEGAR dalam ujianNya.. ^_^

:: Jadikanlah AL-QURAN itu SURAT CINTAMU sepanjang masa. Tidak usang dan dimakan kutu akibat disimpan lama di dalam almari.. Bacalah AL-QURAN walaupun satu muka surat pada setiap hari. AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar ::

KELUARGA SAKINAH MAWADDAH ^___^

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."[Surah Al-Rum 30:20]



WANITA DIRIMU BEGITU BERHARGA.. JANGAN JADI MURAH untuk LELAKI yang BUKAN SUAMIMU


KECANTIKAN yg anda miliki ternyata lebih CANTIK dan AKHLAK anda, anda lbh HARUM daripada MINYAK WNGI dengan sikap TAWADHU' anda, anda lbh tinggi daripada BULAN PURNAMA dan CINTA anda, anda lbh SEGAR drpd RINTIK GERIMIS.OLEH ITU, peliharalah kecantikan anda dengan KEIMANAN dan KEREDHAAN KEHORMATAN dgn HIJAB yg menutup AURAT. PERHIASA mu bukanlah EMAS atau PERAK, tetapi 2 RAKAAT MENJELANG SUBUH, dahagmu di tengahari yg pns kerana PUASA, DERMA yg tersembunyi yg hanya diketahui oleh ALLAH, AIR MATA ialah TAUBAT.SUJUD BERPANJANGAN di atas hamparan sajadah dan MALU kpd ALLAH ajakan syaitan. JADiKAN TAQWA itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi WANITA yang TERCNTIK DI DUNIA mskipun PAKAIAN anda bertampal. JADIKAN rasa MALU sebgai BAJU KURUNG anda, nescaya anda menjadi WANITA yang PALING ANGGUN DI DUNIA mskipun anda TIDAK BERKASUT.

P/S:HINDARILAH,rutin hidup sperti yg dilakukan oleh wanita-WANITA fasik dan non-muslim yang SUKA mmperlihatkan daya tarikanya memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sbg komoditi kaum lelaki TANPA MENGENDAHKAN norma-norma hidup ISLAM yang SEBENAR
 

Siapakah yang dapat melupakan haruman Masyitah?Wangian dari minyak yang panas mendidih.Menyambut pergorbanan Masyitah dan keluarganya.Sebelum disambut oleh wangian SYURGA.~HARUMAN MASYITAH~

Pada suatu hari, ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun tanpa sengaja sisirnya terjatuh ke lantai. Tanpa disangka-sangka, saat memungutnya Masyitah berkata: "DENGAN NAMA ALLLAH, BINASALAH FIR'AUN"

Mendengar ucapan Masyitah itu, puteri Fir'aun merasa amat marah lalu mengancam akan melaporkannya kpd ayahandanya. Masyitah sedikit pun tidak merasa gentar sengan ancaman itu. Akhirnya Masyitah dipanggil oleh Fir'aun. Ketika menghadap Fir'aun, pertanyaan pertama yang diajukan kpd nya ialah "Betulkah kamu telah mengucapkan kata2 penghinaan terhadapku, sebagaimana yg disampaikan oleh anakku? Dan siapakah Tuhan yg engkau sembah selama ini? "Betul,Baginda Raja yang zalim. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG SESUNGGUHNYA MENGUASAI SEGALA ALAM DAN ISINYA. "jawab Masyitah dgn berani.Fir'aun menjadi murka. Dia memerintahkan para pengawalnya untuk MEMANASKAN MINYAK di dlm sebuah kuali besar. Ketika minyak itu,mendidik pengawal kerjaan memanggil orang ramai untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Masyitah.

Sekali lagi Masyitah dipanggil untuk menghadap Fir'aun. Kemudian Masyitah diberi pilihan. Jika dia ingin selamat bersama kedua2 anaknya dia harus mengingkari ALLAH DAN MENGAKU BAHAWA FIR'AUN ADALAH TUHAN YG PATUT DISEMBAH. Jika Masyitah ingkar dgn suruh Fir'aun itu, maka Masyitah dan kedua-dua anaknya dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tidak mahu menyerah kalah. Dia tidak akan tunduk di bawah perintah Fir'aun dan tetap akan mempertahankan imannya. Kemudian Masyitah mmbawa kedua2 anaknya menuju ke arah kuali, dia agar ragu2 apabila melihat kedua2 anak nya itu. Dengan takdir Allah yg Maha Kuasa, anak masih menyusu itu berkata, "JANGAN BIMBANG WAHAI IBUKU, INI KERANA KITA SEMUA AKAN MEMPEROLEHI GANJARAN YG HEBAT DRIPADA ALLAH SWT. PINTU SYURGA AKAN TERBUKA LUAS MENUNGGU KEDATANGAN KITA"

Lantas tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyal yang sedang mendidih itu bersama kedua2 anknya. Tiada sebarang tangisan yang keluar dri mulut mereka. TIBA2 SATU KEAJAIBAN telah berlaku, MINYAK YG SEDANG MENDIDIH TELAH MEGELUARKAN HARUMAN YG SEMERBAK.;) ALHAMDULLILAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..