Wednesday, February 23, 2011

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU . .



Subuhnya 
di mana aku berada 
masih enak dalam kelambu rindu 
sambil berpoya-poya dengan waktu 
masa bagaikan menderu 
langkah tiada arah tuju 
fikiran terus bercelaru 
terlupa aku semakin dihujung waktu 
siapa aku di depan Tuhan ku. 
Zohornya 
aku lebih memikirkan kelaparan 
kehausan dan rehatku 
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku 
aku bertolak ansur dengan waktu 
aku gembira membilang keuntungan 
aku terlupa betapa besar kerugian 
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku. 
Asarnya 
aku lupa warna masa 
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak 
aku masih dengan secawan kopiku 
terlupa panas tidak dihujung kepala 
aku masih bercerita 
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya 
aku melihat warna malam 
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat 
jalan yang bertongkat-tongkat 
ruginya bertingkat-tingkat 
siapa aku di depan Tuhan ku. 
Isyaknya 
kerana masanya yang panjang 
aku membiarkan penat menghimpit dadaku 
aku membiarkan kelesuan mengangguku 
aku rela terlena sambil menarik selimut biru 
bercumbu-cumbu dengan waktuku 
siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya 
sampai bila aku akan melambatkan sujudku 
apabila azan berkumandang lagi 
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi 
kerana di hujung hidup ada mati 
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini 
jika ruangku dibiarkan kosong 
jika wajahku menjadi asing 
pada mentari dan juga bintang-bintang

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH dalam ISLAM ^______^ MOGA KITA SEMUA MENJADI WANITA SOLEHAH ♥


1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

CIRI-CIRI LELAKI SOLEH DALAM ISLAM


1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T 
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh..

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

Sunday, February 20, 2011

Malam Pilihan Raya Kampus di UM pada 20 Februari 2011

Malam ini dirasakan begitu bising. Tidak dirasakan seperti malam-malam sebelumnya. Taasub dan caci-mencaci di antara parti untuk meraih undi.Apakah PERLU berbuat sedemikian. ? Berjuanglah kerana ALLAH. Tidak PERLU memburukkan satu sama lain untuk meraih undi. ALLAH akan bersama mereka yang BENAR. :)
    Satu UM penuh dengan poster-poster dan bilik dan blok kami juga turut tidak ketinggalan menerima banyak kertas-kertas untuk parti di sini. Malah tong sampah penuh dengan kertas-kertas tersebut. Kesian mak cik. Sudahla 3 tong sampah yang perlu diselenggara. Tingkat 4 pula tu. Penat.



     Saya dan rakan-rakan sebilik hanya menjenguk dari atas melihat aksi dan gelagat mereka berkempen. Biarlah mereka. Asal saya dalam bilik ni selamat..hehe. Pilihan raya kampus di UM memang betul2 pilihan raya. Semangat~~ @___@ Sehinggakan saya ditahan untuk masuk ke blok saya gara-gara ini. Alhamdullilah saya selamat. Mungkin saya disangka bukan-bukan. Juga saya takut ke kelas esok tuk memakai tudung labuh. Esok PRK. Malam tadi saya dah iron tudung bawal bidang 60.  Saya sokong mana-mana yang saya rasa benar. Undi saya? :) RAHSIA. insyaALLAH kepada parti yang bertanding esok, mereka yang bermujahadah ke jalan ALLAH, insyaALLAH , ALLAH akan bersama kalian. Usah MEMBURUK-BURUKKAN PARTI LAIN. Kita kan sesama saudara ISLAM, bukan? ^____^

UKHTI..Kamu CANTIK sekali

Ukhti, kamu cantik sekali.....
Maka CANTIKKAN dirimu dengan CAHAYA-NYA. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh KEIMANAN. Hati yang taat senantiasa PATUH kepada SYARIAT. Hati yang TAQWA, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang SEDERHANA, yang TIDAK BERLEBIHAN dalam segala urusan dunia.. ^____^

Telah ku PILIH JALAN-MU, ya ALLAH

Telah ku pilih jalan-Mu

Jalan yg mendekatkan aku padaMu

Jalan orang - orang yg beriman dan beramal soleh

Dan aku yakin sebenar- benarnya

Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan



Namun Tuhan

Ampuni aku,

Fitrah hati ini terlalu berat untuk ku buang

Terlalu pahit untuk ditelan

Tapi terus - terusan kugagahkan 

Demi menggapai cintaMu Yang Esa



Bntulah aku Tuhan

Jika rinduku ini imaginasi syaitan

Dan kuminta ia dilenyapkan 

Andai kasihku berlandaskan nafsu

Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku



Tolonglah aku Tuhan 

Untukl mengisi bejana cintaku untukMu

Agar aku takkan pernah dahagakan 

Cinta dari insan yang tak halal bagiku 

Teguhkan kasihku untukMu

Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta

Yang menjadi hijab di antara kita

Tetapkan langkahku di jalan ini



Gagahkan aku Tuhan

Untuk meneggelamkan kapal cinta manusia

Walau ia se'gah' bahtera 'TITANIC'

Tetap kupinta ia karam

Jika berlayar ia di lautan dosa



Dan ku mohon Tuhan

Damaikanlah ombak di hati

Walaupun ribut datang mengundang

Kasihku diikat di dasar Rabbi

Kerana ianya lumrah ujian. 

Dan akan kuterus tekadkan janji 

Kerana telah kupilih jalanMu 

Friday, February 18, 2011

Cinta SMS >> Membawa ke arah kemaksiatan

hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk,

da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh

awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang

kater... sayer x pandai sangat arab...


2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga

awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer

sentiasa cuber terbaik untuk awak...


3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan

kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.


4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer

x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater

mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp

sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater

cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak

cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab

malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...


5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?


6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x

istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik

sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan

jer...tq sayang...


7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela,

sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau,

makin sayang sayer kat awk...


8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang

la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x

der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang

kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just

msg je kan...


9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa

lah kekawan k,,, tq yang...


10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,,

abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..


11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion

nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....


12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli

2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis

sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...


13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh

jari ayg,

tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat

ayang..

ayang suker jumper abg?tq

yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa

kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu

malu lak dier,,,ayang td cantik...


14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg

romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang

n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh

membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...


15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper

tandanyer?

50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah

gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr

nie abg wat wallpaper hp...


17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u

sayang....


18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara,

ayang kan milik abg...tq paham abg...


19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg

aper buktinyer yang,,,,


------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca

perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum.

Senyum

tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum

bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis

yang berada di dalam diri kita semua.


Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh

individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah.

Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di

majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin,

tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah

lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas

kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak!


Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses

merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang

keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah

kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang

sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan

istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan

melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat

seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!


Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang

mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah

perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap

setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms

khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa

yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat

berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan

tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila

keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah

seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan

sebagainya.


Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui

rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang

dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan

nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana

seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang

dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai

rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms

'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala

hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan

ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu

bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.