Ratuku..
Ingin ku LUAHKAN apa yang sudah lama inginku LUAHKAN
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga BERGUGURAN,
DIPETIK tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah.
Ratuku..
Kebimbanganku ini masih lagi menebal
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak yang cuba
menyedut madumu walau TANPA relamu.
Ratuku..
Kebimbinganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
RATU IDAMAN HATIKU?
Kerana apa yang ku lihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku..
Bukanlah ku harap kau segigih HAWA,
yang berlari-lari antara SAFA DAN MARWAH.
Bukan juga sesetia AINUL MARDHIAH,
Menanti kasih di pintu SYURGA.
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
engkau bukanlah SITI KHADIJAH mahupun SITI FATIMAH,
engkau bukan SITI AISYAH,
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH wanita suci TERPUJI,
kerana aku TIDAK LAYAK untuk berharap sedemikian rupa,
cukuplah sekadar kau hanya mencontohi bunga-bunga itu,
kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu SYURGA.
JANGAN kau risau Ratuku..
Kadangkala musim berganti,
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
tapi itu hanya ujian buatmu.
Ratuku..
Esok musim bunga PASTI akan tiba,
Esok musim bunga PASTI akan tiba,
Cuma yang kuharapkan ketika itu,
kau jaga kelopakmu itu,
JANGAN sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi,
JANGAN GODA kumbang-kumbang ganas yang menghisap madumu,
JANGAN biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu,
kerana kau RATU IDAMAN KALBUKU.
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan.
Aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum
kerana akan ku temui
RATUKU yang benar-benar RATU HATIKU
^_____________________^
No comments:
Post a Comment