Sunday, February 20, 2011

Malam Pilihan Raya Kampus di UM pada 20 Februari 2011

Malam ini dirasakan begitu bising. Tidak dirasakan seperti malam-malam sebelumnya. Taasub dan caci-mencaci di antara parti untuk meraih undi.Apakah PERLU berbuat sedemikian. ? Berjuanglah kerana ALLAH. Tidak PERLU memburukkan satu sama lain untuk meraih undi. ALLAH akan bersama mereka yang BENAR. :)
    Satu UM penuh dengan poster-poster dan bilik dan blok kami juga turut tidak ketinggalan menerima banyak kertas-kertas untuk parti di sini. Malah tong sampah penuh dengan kertas-kertas tersebut. Kesian mak cik. Sudahla 3 tong sampah yang perlu diselenggara. Tingkat 4 pula tu. Penat.



     Saya dan rakan-rakan sebilik hanya menjenguk dari atas melihat aksi dan gelagat mereka berkempen. Biarlah mereka. Asal saya dalam bilik ni selamat..hehe. Pilihan raya kampus di UM memang betul2 pilihan raya. Semangat~~ @___@ Sehinggakan saya ditahan untuk masuk ke blok saya gara-gara ini. Alhamdullilah saya selamat. Mungkin saya disangka bukan-bukan. Juga saya takut ke kelas esok tuk memakai tudung labuh. Esok PRK. Malam tadi saya dah iron tudung bawal bidang 60.  Saya sokong mana-mana yang saya rasa benar. Undi saya? :) RAHSIA. insyaALLAH kepada parti yang bertanding esok, mereka yang bermujahadah ke jalan ALLAH, insyaALLAH , ALLAH akan bersama kalian. Usah MEMBURUK-BURUKKAN PARTI LAIN. Kita kan sesama saudara ISLAM, bukan? ^____^

No comments:

Post a Comment