Tuesday, February 15, 2011

Tahukah ANDA WANITA di LUAR SANA? Apa AKAN TERJADI SEKIRANYA ANDA MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI? LENGGOK BADAN ANDA =,= akan NAIK .Asif TERPAKSA bagitahu kerana ALLAH

>>Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah<<Pastikan tumit kasut itu diperbuat dari getah supaya tidak mengeluarkan bunyi yang seakan-akan menghentakkan kaki yang memang akan menarik perhatian orang lain. Lagi satu, apabila memakai kasut tumit tinggi ini, badan seseorang perempuan akan melenggok dengan lebih secara automatik (kerana kesan kasut itu terhadap tulang belakang perempuan itu). Jadi pakailah baju yang lebih longgar untuk menutup kelenggokan itu untuk elakkan mata-mata keranjang yang akan memerhatikan anda.

Hukum asal memakai kasut secara umumnya adalah harus. Ini bertepatan dengan Kaedah Fiqhiyyah yang bermasud: Asal sesuatu itu adalah harus. Namun, bukanlah hukum harus ini boleh digunakan di dalam semua keadaan tanpa ada batasan yang telah digariskan oleh syarak. Jika memakai kasut itu (kasut tumit tinggi) boleh menyebabkan boleh berlakunya fitnah dan membawa kepada dosa tabarruj maka pemakaian ini adalah dilarang. Firman Allah Taala bermaksud: ''Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu.'' (Surah al-Ahzab: Ayat 33). 


p/s:’Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.’' [Surah An-Nur 24:31]

No comments:

Post a Comment