Friday, September 7, 2012

♥ TAK BOLEH SANDING, RENJIS-RENJIS dalam ISLAM, duduk-duduk je ea :') ♥


WANITA SOLEHAH DULU, KINI

Memang benar, sekarang sudah tidak ada wanita solehah yang sebaik
Khadijah, selembut Aisyah & seteguh siti Fatimah kerana mereka adalah orang-orang terpilih oleh ALLAH & dijanjikan SYURGA

Namun InsyaALLAH,sekarang masih ada wanita akhir zaman yang ingin belajar berusaha menjadi wanita SOLEHAH yang sebaik Khadijah, selembut Aisyah & seteguh Siti Fatimah dengan menjadikan mereka sebagai tauladan.
InsyaALLAH, mereka adalah wanita yg tengah membaca tulisan ini

Senyum (✿◠‿◠)


WANITA SOLEHAH HIASAN DUNIA (:

MUSLIMAH YANG SOLEHAH itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati. :) ♥

p/s :Tak semua wanita yang BERNIQOB lebih baik dari yang TIDAK BERNIQOB, akan tetapi wanita yang sanggup BERNIQOB pastinya akan berusaha menjadi yang lebih baik dgn mengikuti syariat pemakaian islam dengan IKHLAS Lillahi Ta'ala. :)



TERBAIK (:

Sebelum NIKOH, bawok KASIH g jalang-jalang doh. Ekg kalu nikoh, dokse dohla. Mugo PUAH doh wt g jalang-jalang. >,< Dop SWEET gitu. Hok ni baru SWEET~! ♥ :')

p/s : Hok laki ado niat nok bawok kasih dio nge muto, BATALKAN NIAT deh kalu wase nok g duo orang. HARAM. Ado dok sapo-sapo brani wat gini? TEST2. Baru anak lelaki. Dok ROK CETONG tkdok AYAH MENTUA :p .kikiki

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah Al A’raf:204)


DOA IBUBAPA UTK ANAK-ANAK


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang
(Al-Baqarah 2:128)



~✿ SEORANG SUAMI memberitahu kepada isterinya, "Sebelum wujudnya langit dan lautan, ALLAH telah tulis NAMAMU untuk bersamaku..." ^_^


Nama saya Meniau ♥ :') p/s : Syukran sebab bagi kucing ni walaupun sekadar gambar. hihi :'P


RASA TAQWA hanya pada ALLAH

"Takutlah kepada Allah di mana sahaja anda berada"


[Hadis Riwayat Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hasan]

HUKUM MEMAKAI : "BULU MATA PALSU DAN MASKARA"

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)

Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam.

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.

ISLAM itu AGAMA SYUMUL

♥ ISLAM AGAMA TERBAIK ♥

" kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH.sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara kamu ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang yang fasik" [Surah Ali 'Amran, 3:110]

p/s :Namun apakah sumbangan kita untuk menjadi umat yang terbaik ni ?


Alhamdullilah, sebahagian tudung-tudung untuk minggu ini. Sebanyak 131 helai tudung dihantar pagi tadi. Alhamdullilah. REZEKI untuk kami sekeluarga. ♥ p/s : KERJA SEMENTARA sebelum menyambung pengajian untuk master (: insyaALLAH ^^


Alhamdullilah :)

Sebahagian tudung-tudung yang siap dikemaskini. Banyak lagi belum settle =,=' Alhamdullilah, rezeki :')

Aktiviti penjualan secara dalam talian (online) semasa cuti :) Untuk tempahan, boleh lihat album di pages ana di : Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku :')


MAKSIAT DUNIA, AZAB AKHIRAT

Kadang-kadang kita tak sedar, yang menjadikan anak tu rosak adalah kita sendiri, akhirnya kita balik bertanya mana salah aku?

Rasulullah s.a.w. yang bersabda; "Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi" - (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

ITIK COMEL (:

COMEL kan? :) 

Resipi?

1.TELUR REBUS

2.GULA AISING

3.LOBAK MERAH

4.PEWARNA KUNING

5.KRIMWELL (Bahasa Melayu tak tau. Hee)

6.Nozel ( Nombor nozzle, lupa)

7.Salad

8.Lada Hitam

Cara-cara penyediaan :

1.Potong telur rebus 1/3 untuk dijadikan topi dan selebihnya 2/3 untuk badan.

2.Kemudian, ambil gula aising dan campurkan bersama krimwell . Putarkan kemudian masukkan pewarna kuning.

3.Bahan-bahan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam telur rebus (bahagian badan)

4.Setelah itu, potong lobak merah secara memanjang (tidak terlalu panjang) . Kemudian letakkan pada bahagian atas (badan).

5.Ambil lada hitam dan buat sebagai mata.

6.Kemudian, lebihan 1/3 tadi letak di atas badan sebagai topi. Siap. :)

P/s : Selamat Mencuba~!

MAKAN DAGING SESAMA SENDIRI =_=

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." (HR Muslim)


MENGUAP

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." (HR Muslim)

MAKIN LAMA kita KENAL dengan seseorang, makin BANYAK DOSA. Lebih baik kalian KAHWIN :D


Dalam bahasa Melayu, ada PERIBAHASA "JAGA TEPI KAIN ORANG" yang membawa maksud NEGATIF :) Namun, dalam ISLAM, JAGA TEPI KAIN membawa maksud POSITIF. PERLU jaga tepi kain orang agar KAIN SENDIRI tidak TERSELAK. ISLAM agama NASIHAT. Jadi, BERSANGKA BAIKLAH~


Mana PILIHANKU?

WANITA : Mana PILIHAN anda untuk DIRI ANDA dan juga bakal anak-anak anda? :)

LELAKI : PILIHAN anda pula, bagaimana? Mahu yang TERTIARAP atau MENIARAP? Pilihlah yang MENIARAPKAN anda anda ketika TIDUR :D  


Tudungmu, URUSANku jua (:

TUDUNG itu diwajibkan ke atas MUSLIMAT yang beragama ISLAM. Jadi, mengapa PERLU MENUNGGU rasa IKHLAS untuk BERTUDUNG? Cakap SAYANG AYAH ;) Jika SAYANG, tak BERIKAN ayah DOSA-DOSA percuma untuk DITANGGUNG AYAH. Andai DOSA itu BOLEH DILIHAT, ALLAHURABBI. Dik sayang, sok-sok, RAMBUT tu akan JADI ULAR . JANGAN SERONOK TAYANG PERHIASAN DIRI kepada bukan MAHRAM~

Friday, June 1, 2012

KHAS untukmu SAYANG ;)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),

dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka

memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir 

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya

 dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

 perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa

 mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-

anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi

 saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-

saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,

 atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki

 yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau

 kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

 dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang

 akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

 bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang

 beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur 24:31]

FACEBOOK dan AURAT


SEHELAI RAMBUT WANITA yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja = balasannya 


70,000 tahun dalam neraka,sehari akhirat = 1000 tahun didunia,

Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki


1 - ayah kandung


2 - adik beradik lelaki



3 - suami

4 - anak lelaki kandung

NAUZUBILLAH,SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN



 MENUTUP AURAT.

P/s: Untuk kaum semua wanita,bantulah suami/ayah/abangmu dari azab neraka ALLAH 



YANG 


AMAT DASHYAT...:'(

ISLAM ASING di mata pandangan BUKAN ISLAM

Lihatlah, Betapa Asing Islam Di Mata Penduduk Negara Yang Majoritinya Orang Kafir...





Dari Abu Hurairah, Ia berkata; Rasulullah Bersabda, “Islam Bermula Dalam Keadaan Asing, Dan Akan Kembali Menjadi
 Asing, Maka Beruntunglah Orang-Orang Yang Asing” Berkata Sahabat, “Ya Rasulullah, Siapakah Orang Yang Asing Itu?” Rasulullah bersabda, “Iaitu Yang Beramal Soleh Ketika Kesesatan Manusia...”

"MELAYU tanpa ISLAM tetap tak akan masuk SYURGA..ingat molek, sebab itu jangan LAWAN ISLAM..mu nak jadi :


♥ ~ MAT REMPIT ke..
♥ ~ MAT ROCK ke..
♥ ~ MENTAL ke..
♥ ~ Geng BASIKAL FIXIE ke..
♥ ~ Geng KANCIL TURBO ke..
♥ ~ Geng HIP-HOP ke..
♥ ~ Geng MANCING ke..
♥ ~ Geng MAIN GITAR ke..

xdop masalah..sebab tu HOBIMU..tapi ingat, bila BAB AKIDAH..bab AGAMA, bab HUKUM HAKAM..mu mesti BERSAMA ULAMA.."
♥(Ustaz Azhar Idrus)♥
 

Kata IMAM HASSAN AL-BASRI ♥


♥ ETIKA PEMAKAIAN dalam ISLAM ♥



* tudung MELEPASI dada,





* baju dan seluar yang LONGGAR,





* pakai SARUNG KAKI,





* LINDUNGI lenganmu dengan memakai SARUNG TANGAN,




P/S : Jangan PEDULI orang kata kamu "pendek" TAK sesuai pakai tudung labuh atau 



sebagainya...



Jangan PEDULI orang kamu KETINGGALAN zaman, baju dan seluar macam size XXL...

sebab ada pandangan yang jauh lebih UTAMA...^_^


♥ Iaitu pandangan ALLAHU AZZA WA JALLA Penciptamu ;)

TAK USAH jadi HOT di DUNIA, AKHIRAT lagi HOT ;)


Dia Wanita Itu ;)


Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.


Belum tentu dia solehah. (--)'


Wall FB nya penuh dengan post Islamic.


Belum tentu dia amalkan semuanya.


..........................
Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi baik.

Mengikut syariat Islam selagi termampu. (^^)


Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni SYURGA ;)

MENGAPA WANITA RAMAI MENGHUNI NERAKA?

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan..
Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Ada kalangan wanita menutup aurat tapi dalam masa yang sama memakai seluar ketat atau baju yang masih menampakan susuk tubuh mereka. Ada yang menutup aurat tetapi masih bergaul bebas atau masih mudah bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang. 

hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

Seandainya satu saat kita merasa lelah, letih dan berasa putus asa dengan setiap ujian kehidupan. Maka, ucapkanlah...

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung''

WANITA HIASAN DUNIA

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." 

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At- Tarmizi)

Sabda Rasulullah SAW,;Tidak sempurna iman seseorang itu jika iatidak kasih kpd saudaranya seperti ia kasih kpd dr sendiri".