Friday, February 10, 2012

Apa-apa aja ^__~

Dalam sebuah televisyen swasta ada rancangan '' Vokal Bukan Sekadar Rupa''. Tetapi pada hari ini, ana ingin memperkenalkan rancangan ''kerjasama'' kucing-kucing ana dengan program ''Vokal Bukan Sekadar Taring'' ^___~ Siapa mahu uji bakat? Terbuka kepada kucing-kucing sahaja :)

Menyampah ^_^

''MENYAMPAH ana tengok artis tu. TERGEDIK-GEDIK. CANTIK ke macamtu? @@' JANGAN gadai MARUAH cik kak oii ~~ dalam paper, bukan main lagi cakap nak LELAKI SOLEH, tetapi cik kak faham ke bagaimana lelaki SOLEH yang sebenar?'' ^__~

Tidur meta ngan mak @@

Tidur meta ngan mak @@

Kucing bersama ''TETIKUS'' ♥

p / s: Nok search mende gok kucing? Sero nok g nawat pages Jkkk Fan Club jah kat pesbuk..kikiki :P

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”

Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .



Sumber: http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/

>>> Pilihlah jalan kamu, moga itu yang TERBAIK untuk di sana..^_^

~♥..HIJABKAN dirimu sebaik mungkin..wanita solehah itu sentiasa MEMELIHARA auratnya kerana aurat itu ialah MAHKOTA Muslimah..memang tidak bertudung tidak semestinya JAHAT menurut AKAL manusia..tetapi Nabi SAW dah cerita tidak bertudung akan kena BAKAR dalam NERAKA..♥ ~

“Wahai orang-orang yang beriman! PELIHARALAH diri kamu dan keluarga kamu dari NERAKA yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula TETAP melakukan segala yang diperintahkan.”
[al-Tahrim: 6]

TARBIYAH? dapat DIANALOGIKAN dengan manusia. Bagaimana? ♥

Puding Terifle

Bahan-bahan :
1 tin fruit cocktail
1 paket agar-agar/jeli serbuk (nona)
kek gulung/swiss roll
3 sudu tepung custard
1 tin susu cair
1 tin air
1 senduk gula

Cara-cara:
1. Potong kek gulung td nipis dan lapiskan sepenuhnya dalam bekas.

2. Curahkan air fruit cocktail ke atas kek supaya menyerap sepenuhnya, ini ialah untuk menghalang agar daripada masuk ke dalam kek nanti.

3. Sediakan agar-agar segera, boleh bancuh dengan air mendidih dan sejukkan sedikit sebelum mencurahkan ke atas lapisan kek tadi. Biarkan sejuk dan menjadi beku.

4. Setelah agar beku, taburkan atau lapiskan dengan buah fruit cocktail.

5. Untuk menyediakan lapisan akhir iaitu kastad, panaskan 3/4 susu di atas api yang perlahan, sementara yang selebihnya di bancuh dengan kastad dan gula. 
Setelah susu agak panas, masukkan bancuhan kastad dan kacau hingga mendidih. Tutup api dan terus kacau hingga kastad agak sejuk.

6. Lapiskan kastad di atas lapisan fruit cocktail tadi dan sejukkan dalam peti ais.

p / s: Selamat Mencuba :)

Muhasabah Diri

"Kenapa air ni tawar je?"
"Alaa,tiap2 hari nasi je, xde ke spaghetti?"
"Kenapa masin je nasi goreng ni?"
" Cis!! tak sedap langsung, menyesal beli tadi?"

"Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan." (HR Bukhari dan Muslim)

Tentang WANITA. Benar atau Tidak?

Ramai wanita CANTIK ''PERASAN'' bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka. Ramai juga lelaki KACAK ''PERASAN'' bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka

TETAPI, mereka TIDAK SEDAR bahawa LELAKI dan WANITA yang BAIK serta BERAGAMA, TIDAK MEMANDANG pada luaran semata-mata. Bahkan, AKHLAK dan PERGAULAN yang terjaga lebih MENARIK perhatian mereka. Mereka BIJAK MENILAI kaca dan permata.

P / S : Justeru, JAGA dan PELIHARA maruahmu wahai MUSLIMAH yang MANIS dan CANTIK, dan juga JAGA AKHLAK dan AGAMA wahai SYABAB yang KACAK =)

♥ COMEL ♥ ^___^

Apabila Ustaz Don BERGAYA :)

Tuesday, February 7, 2012

Say NO to Valentine Day's!!!


Mungkin SUDAH RAMAI umat ISLAM yang MERANCANG tentang aktiviti yang BAKAL DILAKUKAN pada HARI HARAM itu. Ada yang INGIN keluar makan malam diTEMANI LILIN dan MAWAR MERAH. TIDAK KURANG jua, merancang untuk BUKTIKAN CINTA mereka di HOTEL-HOTEL MURAH. ALLAHURABBI. Murahnya anda perempuan, cakap ISLAM tapi BOLEH ke BERDUA-DUAAN dalam BILIK>? CINTA? TIDAK PERLU DIBUKTIKAN dengan SERAH TUBUH ♥ Nak BERDUA-DUAAN? KAHWINLAH!!! MUDAH saja :)

Juga, ramai kakitangan dari Jabatan Agama BEKERJA ''LEBIH MASA'' dek remaja-remaja dan belia MERAIKAN HARI KEKASIH. Cukup-cukuplah MERANCANG ANAK HARAM yang TIDAK DIRANCANG . Sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar suatu ketika dahulu, setiap satu minit akan lahir 17 ORANG bayi. itu yang DILAPORKAN, bagaimana yang TIDAK DILAPORKAN? Fikirkan sejenak. JAUHI ZINA .



CARA atau TAKTIK akhbar dalam melariskan jualan @@' . Mungkin tiada HEADLINE yang sesuai =,=' p / s: Nak HOT di DUNIA, teruskan LETAK gambar yang SEKSA-SEKSA mata MELIHAT TETAPI jika TAK NAK HOT di AKHIRAT, pakai ELOK-ELOK sebagaimana yang DITETAPKAN ISLAM. Tak SUSAH nak TUTUP AURAT, pakai BAJU, SELUAR , dan TUDUNG KEPALA mengikut SYARIAT ISLAM. NAK SEKSI, depan suami. Apa guna TUNJUK SEKSI dekat orang lain @@ ~ Manisnya dakwah ~

TERBAIK, insyaALLAH ♥

BERGURAU ? KETAWA?


JANGAN BERLEBIHAN dalam BERGURAU/KETAWA

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
“Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)



Untuk teman sejati ♥ yang sudah melangsungkan perkahwinan ♥ Barakallafiik~~! Semoga Mahligai kalian melimpah bersama Mawaddah, Sakinah dan Rahmah drNya..~ Amin.amin ya ALLAH :) بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

TUDUNG SAJI atau TUDUNG KEPALA?


~,~ JANGAN CEPAT MELENTING kepada peminat-peminat siti. Walaupun DIA ARTIS, namun dia juga salah dalam berpakaian? Bagaimana? Nampak dada dan tengkuk, bukan? Mungkin di dunia, TIADA SIAPA yang BERANI aibkan mereka yang berstatus tinggi, namun di AKHIRAT, ALLAH Maha Adil :)AGAMA TETAP AGAMA tidak KIRA kamu KAYA atau MISKIN kerana di AKHIRAT KELAK, kamu DIHITUNG BERDASARKAN AMAL di DUNIA bukannya DARJAT (= 

aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka...” (An Nur:31)

Dr Basit pernah sebut: Aurat ni ada 3 kategori:

1) Orang yang TUTUP aurat- paling sempurna (x nipis, x ketat)
2) Orang yang TUDUNG aurat- macam tudung saji, boleh nampak makanan di dalam tu. Orang jenis ini suka pakai baju nipis
3) Org yang BUNGKUS aurat- Orang yang pakai baju seluar ketat. 

Jadi, tengoklah pakaian kita kategori mana? TUTUP/ TUDUNG/ BUNGKUS aurat?? 

Kalau kita masih tergolong dalam kategori yang tudung atau bungkus aurat, segeralah berubah pada TUTUP AURAT. Berfesyen ikut acuan Allah kan lebih manis..^_^

insyaALLAH (= Ku pilih kamu BUKAN sekadar CINTA , ku pilih kamu INGIN ke SYURGA ♥

Rasa ini @@

Kita seharusnya HARGAI insan yang benar-benar SETIA dan mahukan HATI kita, TETAPI andai kata kita TIDAK LAYAK untuk dia berilah ruang dia mengenali diri kita sebagai seorang KAWAN yang PALING RAPAT dengan kita yang akan HADIR dalam hidup kita tanpa kita sedari kemungkinan dari kalangan pada mulanya sahabat menjadi insan yang amat kita CINTAI secara HALAL (=

ALLAH berikan kita DUGAAN dan UJIAN untuk membuatkan kita KUAT dan CEKAL. Kadang-kadang ALLAH TIDAK memberikan apa yang kita pinta,tapi Pastinya DIA MEMBERIKAN apa yang TERBAIK buat kita kerana caturaNYA yang Maha ''HALUS'' ,PASTI ada hikmah di sebaliknya.

Inilah hasil semasa cuti semester ♥ p/s : Sedia menerima tempahan ;p

~,~

Alala..comel ;p manja ..ngee~~ mood : ntah apa2 @@

Lupa letak 'dot-dot'' >,< Camnila rupa Apam Lady Bird yang ''kehilangan'' Nozzle >,< Akibatnya MATA jadi BESAR ~

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah :Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '

MENCINTAI seseorang itu adalah HAK KITA, namun memiliki seseorang yang kita CINTAI TANPA IKATAN RASMI itu bukan hak kita. JANGAN pernah TAKUT melepaskan sesuatu yang BELUM BERHAK KITA MILIKI. Dia pasti akan kembali seandainya ALLAH menjadikan ia untuk kau miliki atau ALLAH akan MENGGANTIKAN dengan yang JAUH LEBIH BAIK. JANGAN pernah TAKUT KEHILANGAN sesuatu yang BUKAN HAK KITA

Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.

Kalau dulu tapak kaki kita macam ni. Sekarang tengok tapak kaki masing - masing. Rasa - rasanya ada beza tak dengan dulu?


Syurga ditelapak kaki ibu- Aishah : )

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

♥ KISAH TUDUNG ♥

Tudung pada WAJAH, Jangan sampai WAJAHNYA MENGUNDANG FITNAH. KECANTIKAN adalah pingitan BUAT SUAMI, BUKAN pameran UNTUK LELAKI AJNABI. Tudung pada MATA, Jangan matanya MEMANDANG lelaki lain SELAIN MAHRAMNYA. Solehah yang HAKIKI, TIDAK DIPANDANG, TIDAK MEMANDANG. Tudung pada SUARA, jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan MEMIKAT dan MEMPERSONA. Tudung pada HATI, mengingati ALLAH dengan tasbih subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.♥



Cinta UAI di Muka Buku ♥ Kuliah UAI vs AJL ? Mana yang iman suka? :)

^_^ Meet my parents, okay?

Susah ke nak faham akan AURAT? ana ada bahasa mudah dengan gambar mudah ((= bahasa Melayu lagi ♥

p/s:Kalau tak faham, tak tahulah ~ Sebarkan bersama ♥

Rasullulah S.A.W bersabda '' Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.'' [Hadis Riwayat dan Muslim]

Choclate Milkshake ♥ Jum cuba.. Makan bersama Red Velvet Cake sangat sedap !

Bahan-Bahan :

5 sudu besar ais krim perisa vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan ais kiub
1/2 papan coklat bar
2 sudu besar gula
1/2 cawan double cream atau whipped cream - optional
serbuk koko atau choc rice sbg hiasan

Cara-Cara :

1.Satukan kesemua bahan. 
2.Kisar.
3. Masukkan dalam gelas atau cawan. Taburkan dengan serbuk koko.
4. Sedia untuk diminum.

Red Velvet Cake ♥ Jom CUBA!! ^__^ Sempena hari lahir ana, ana hadiahkan resepi ini ♥ sebagai tanda terima kasih kepada sohabat atas ucapan kalian ^^

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah


Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula caster
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara Pertama:

1.Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. 

2.Masukkan caster sugar dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. 
3.Masukkan telur satu persatu. Pukul dalam masa 2 minit
4.Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.


Cara-cara Kedua:

1.Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

2.Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

3.Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. 

4.Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

1.Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

2.Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

3.Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

4.Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.


Kaedah dua lapisan:

1.Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. 

2.Sapukan cream cheese mengikut citarasa.

3.Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

4.Tuangkan dan masukkan dalam peti ais. Selamat Mencuba (=

Tak SABAR nak makan Orea Cheese Cake ♥ .. 28 Januari 2012 esok bersamaan 4 Rabiul' Awal 1433 H. Dah tua ana ~,~

Situasi ini sering berlaku dan selalu terlepas pandang di mana wanita memakai baju t-shirt berlengan pendek dan memakai inner ketat untuk menutup lengan.

Ustaz Azhar Idrus:
HARAM pakai inner ketat jika berlengan pendek kerana mensifatkan bentuk tangan sedangkan tangan adalah aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.

p / s : BUKANKAH KELIHATAN lebih manis andai memakai LENGAN PANJANG terus? Sama-sama kita perbaiki diri agar LEBIH DEKAT dgn REDHA dan CINTA Ilahi! ^_^



Tahukah anda?

'Bajet bagus' merupakan pintu kepada riya, ujub, sum'ah dan takabbur. Biasanya orang yang bajet bagus ini merasakan dirinya serba bagus, penting, bijak hatta tidak memerlukan pandangan dan teguran orang lain. 

1. Suka menunjuk - Riya'
2. Suka membesar diri - Takabbur
3. Suka dipuji - Sum'ah
4. Suka memuji diri - Ujub

Ya Allah, Engkaulah yang melorongkan kami kepada yang haq. Semoga kami tidak terlalai dgn bisikan syaitan. Amin..amin ya ALLAH.