Tuesday, February 7, 2012

TUDUNG SAJI atau TUDUNG KEPALA?


~,~ JANGAN CEPAT MELENTING kepada peminat-peminat siti. Walaupun DIA ARTIS, namun dia juga salah dalam berpakaian? Bagaimana? Nampak dada dan tengkuk, bukan? Mungkin di dunia, TIADA SIAPA yang BERANI aibkan mereka yang berstatus tinggi, namun di AKHIRAT, ALLAH Maha Adil :)AGAMA TETAP AGAMA tidak KIRA kamu KAYA atau MISKIN kerana di AKHIRAT KELAK, kamu DIHITUNG BERDASARKAN AMAL di DUNIA bukannya DARJAT (= 

aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka...” (An Nur:31)

Dr Basit pernah sebut: Aurat ni ada 3 kategori:

1) Orang yang TUTUP aurat- paling sempurna (x nipis, x ketat)
2) Orang yang TUDUNG aurat- macam tudung saji, boleh nampak makanan di dalam tu. Orang jenis ini suka pakai baju nipis
3) Org yang BUNGKUS aurat- Orang yang pakai baju seluar ketat. 

Jadi, tengoklah pakaian kita kategori mana? TUTUP/ TUDUNG/ BUNGKUS aurat?? 

Kalau kita masih tergolong dalam kategori yang tudung atau bungkus aurat, segeralah berubah pada TUTUP AURAT. Berfesyen ikut acuan Allah kan lebih manis..^_^

No comments:

Post a Comment