Tuesday, February 7, 2012

Red Velvet Cake ♥ Jom CUBA!! ^__^ Sempena hari lahir ana, ana hadiahkan resepi ini ♥ sebagai tanda terima kasih kepada sohabat atas ucapan kalian ^^

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah


Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula caster
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara Pertama:

1.Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. 

2.Masukkan caster sugar dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. 
3.Masukkan telur satu persatu. Pukul dalam masa 2 minit
4.Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.


Cara-cara Kedua:

1.Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

2.Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

3.Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. 

4.Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

1.Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

2.Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

3.Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

4.Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.


Kaedah dua lapisan:

1.Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. 

2.Sapukan cream cheese mengikut citarasa.

3.Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

4.Tuangkan dan masukkan dalam peti ais. Selamat Mencuba (=

No comments:

Post a Comment