Monday, April 11, 2011

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

“PASTI KAMI AKAN MENGUJI KALIAN DENGAN SESUATU KETAKUTAN DANKELAPARAN SERTA KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR. “ (Surah Al-Baqarah ayat 155)



Dalam kehidupan ini seseorang tidak akan terlepas darikeadaan senang dan sedih. Senang bila mendapat kurnia nikmat dan susah bila ditimpa musibah.permasalahannya, bagaimana kita dapat menguasai diri pada saat kita dihadapkan dengan musibah. Dan datangnya musibah itu sesuatu tidak bias dihindari. Seperti dalam ayat di atas, ada macam-macam musibah.mulai dari rasa takut kerana ancaman pihak lain atau kerana kelaparan kerana susahnya memperolehi bahan makanan , sehingga kepada kehilangan harta, jiwa dan pelbagai kepentingan duniawi. Allah SWT mengajarkan kepada orang beriman apabila terkena musibah agar memperbanyakkan sabar dan solat ( surah Al-Baqarah ayat 153) iaitu tetap sabar menjalankan perintah Allah SWT, sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menerima Taqdir dan ketentuan Allah SWT. Nabi SAW mencontohkan kepada kita bila ada kesulitan atau musibah hendaknya kita sabar dan solat. Rasulullah SAW apabila ada kesulitan Baginda solat. (Hadis riwayat Abu Dawud).

Demikian pula Baginda mengajarkan umat Islam jika terkena musibah agar berdoa kepada Allah seraya berkata, “ Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya”, nescaya Allah SWT akan menggantikannya yang lebih baik.(Hadis Riwayat Ahmad)

Suatu kali Ummu Salamah tertimpa musibah dengan kematian suaminya tercinta Abu Salamah. Saat itu Ummu Salamah teringat pesan Nabi SAW agar berdoa bila ditimpa musibah. Dia mengucapkan doa itu, “Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya.” Selain Ummu Salamah percaya bahawa sebagaimana Rasulullah SAW berkata akan diganti dengan yang lebih baik, tapi Ummu Salamah bertanya Tanya, “ Siapakah yang lebih baik dari suamiku Abu Salamah?” Ternyata setelah masa Iddahnya habis, Rasulullah SAW meminangnya. Maka Ummu Salamah semakin yakin bahawa Allah swt betul-betul telah menggantinya dengan yang lebih baik iaitu Rasulullah SAW.
Semakin seseorang kuat imannya, ujian dan musibah semakin banyak. Kita diajarkan Allah SWT agar agar jika terkena musibah agar mengucapkan Inna Lillahi Wa inna Ilaihi Rji’un (kita milik Allah dan kepada Allah kita kembali). Sebahagian ulama salaf berkata,” Segala musibah yang menimpa kita, pada hakikatnya ringan. Selama musibah itu tidak menyangkut keutuhan agama kita.”

No comments:

Post a Comment