Friday, June 1, 2012

SubhanaALLAH.ALLAH.ALLAH.ALLAH

Hazrat Abu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Perumpamaan seorang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti limau manis, berbau sedap dan rasanya manis. Perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang Munafik yang tidak membaca Al-Quran adalah seumpama buah peria pahit,buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang Munafik yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga Raihanah,berbau harum tapi berasa pahit."
[HR Bukhari,Muslim dan Ibnu Majah] 


Keterangan:
Hadis ini bermaksud membandingkan perkara yang tidak nyata(abstrak) dengan perkara yang nyata (konkrit) supaya perbezaan membaca dengan tidak membaca mudah difahami oleh akal fikiran.

No comments:

Post a Comment