Sunday, November 27, 2011

CIRETERA LIDAH.

LIDAH ~ merupakan salah satu organ manusia yang sangat penting kerana ia mampu memberi kesan kepada tubuh manusia. Justeru itu, lidah berperanan dalam memberikan nikmat makan kepada manusia.

Jadi, manusia mempunyai lidah masing-masing. Apa sahaja di keluarkan dari mulutnya datang dari lidah yang mereka guna. Samada pandai jaga atau tidak. Ada yang suka bercakap ikut rasa hati dan nafsu sendiri. Ada juga yang mampu berfikir dahulu sebelum mampu menikmati kata-kata.

Bagi soal makan, lidah menjadi sangat nikmat apabila makanan yang di makan dapat di rasa dan di nikmati dengan penuh nafsu makan. Andai ia kena pada selera nafsu makan, lidah menjadi sangat nikmat. Mampu meleleh ayaq liuq yang menjadi pelincir kepada sistem pemprosesan makanan dalam bahagian oral manusia.

NAMUN , ingin ana TANYA ;)

Bagaimana kita gunakan lidah anda ?
Sekadar mengeluarkan perkataan kesat ? 
Sekadar menggunakannya untuk menjilat apa sahaja demi kepentingan peribadi atau isi perut ?
Ataupun anda menikmati lidah hanya untuk makan?

No comments:

Post a Comment