Wednesday, November 2, 2011

CINTA LUAR BIASA ♥

Dalam sejarah peradaban CINTA SAH SUAMI ISTERI ~~ ♥

Tiadalah yang luar biasa dari kisah dua orang kekasih ALLAH, Nabi Ibrahim AS dan isterinya Saidatina Hajar. Tatkala ALLAH SWT memerintahkan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan isteri tercinta bersama anak tersayang Nabi Ismail di bumi kering kontang Makkah dengan kadar yang segera….
“Apakah ini kerana ALLAH?” Tanya Hajar pada suaminya.
“Ya. Duhai isteriku, semua ini kerana Allah!” jawab Ibrahim sambil berlalu. Tanpa menoleh, tanpa berpaling.
Mendengar jawaban itu, Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Menerima dengan bulat akan ketentuanNya. Ujian pada sebuah cinta…

CINTA PADA KHALIK MELEBIHI MAKHLUK

Demi cinta Khalik yang mengatasi cinta pada makhluk.
Jangan menyangka derita hanya pada Siti Hajar yang ditinggalkan, bahkan lebih lagi pada Nabi ALLAH Ibrahim yang meninggalkan. Namun, saat itu Ibrahim sudah nekad. Cinta pada ALLAH itulah yang lebih utama!
Sedikit pun tiada ucapan terlontar dari bibir seorang isteri sekaligus ibu bernama Siti Hajar yang seumpama hari ini. Atau dengusan protes tanda kurang bersetuju. Bila Nabi Ibrahim menyatakan, semuanya kerana ALLAH… Maka tenanglah jiwanya. Dan amanlah dia dari prasangka…
Sehemat saya, hari ini tiada isteri seorang pejuang dakwah yang diuji sehebat Saidatina Hajar.
Ujian bagi muslimah hari ini hanyalah ditinggalkan sekali-sekala. Namun, bukan sedikit yang berkeluh-kesah…

BAYARAN ‘CASH’ DARI ALLAH!

Ujian cinta tidak habis disitu… Nabi Ismail AS meronta-ronta minta disusukan walhal air susu sudah kekeringan. Saat tiada siapa yang mampu memberikan pertolongan, maka Hajar berlari-lari dari bukit Safa dan Marwa’ dalam keadaan kebingungan.
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!! Sambil tangannya dihalakan kepada Kaabah sebagai isyarat menyerah diri. Hanya kepada ALLAH SWT sahaja segala kekuasaan dan pertolongan!
Nah! Saat itulah ALLAH bayar secara ‘tunai’ harga cinta yang dibuktikan oleh sepasang suami-isteri yang sepatutnya hari ini menjadi tauladan. Kun Fayakun, maka terpancarlah mata air Zamzam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang!
Begitulah seandainya cinta diikat tulus kerana ALLAH, ia akan subur bukan hanya dalam rumah. Bahkan mengalir diluar rumah…

NAK BIASA ATAU LUAR BIASA?

Antara dua dialog….
“Malam ni ada usrah?” Tanya si Isteri.
“Haah… Tapi abang bimbang dengan si Aidil tu. Dia kan tak sihat.” Jawab suami ikhlas.
“Takpe. Abang pergi usrah.. Insya Allah, sayang akan jaga dia nanti.” Isteri meyakinkan.
Agak luar biasa!

Satu lagi….
“Malam ni ada usrah?” Tanya si Isteri.
“Haah.” Jawab suami pendek.
“Habis? Macam mana dengan Aidil tu?” Isteri mula menguji cinta suaminya.
“Takpe. Abang dah cakap tak boleh datang usrah malam ni.”
Yang terlalu biasa!


p/s:Wahai para Muslimah, sekali-sekala pilihlah yang LUAR BIASA… Moga anda jadi sang Hajar yang istimewa!

No comments:

Post a Comment