Wednesday, November 2, 2011

Akibat KEGHAIRAHAN meletakkan GAMBAR di facebook.. Nauzubillah min zalik..

Mungkin ada yang BEGITU GHAIRAH sehingga menimbulkan RASA RIAK dalam diri tatkala gambar-gambarnya DIPUJI, DILIKE beratus-ratus orang. Astagfirullahalzim.. JANGAN biarkan MATA-MATA LIAR melihat LENTOK badan anda semasa berposing, semasa BERGAYA. Memang sangat MENGGODA.. dengan TABARRUJ, dengan SENYUMAN menggoda, rambut yang panjang, bahkan pakaian yang MENAMPAKKAN AURAT memang MENJADI IDAMAN setiap lelaki yang nakal.. Idaman dan BAHAGIA tatkala dapat MEMBAYANGKAN GAMBAR-GAMBAR anda.. Masa anda tidur, gambar anda ditatap, dibayangkan dengan syahwat..masyaALLAH..Banyaknya dosa secara TIDAK SENGAJA yang enti dapat.. Sehingga ada yang ''BERKENAN'' dan mengambil gambar anda.. Mudah sahaja.. Di ruangan FACEBOOK ini sudah DISEDIAKAN ''DOWNLOAD'' bagi memudahkan mereka mengambil gambar enti secara PERCUMA ==' 


Ingat PESANAN ALLAH S.W.T dalam surah-surah ini:
''Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.'' [Surah Al-A'raf 7:31]

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.'' [Surah An-Nur 24:31]

No comments:

Post a Comment