Wednesday, October 19, 2011

Ngantuknyaaa ~____~ Ana TIDUR dulu ya sohabat.. Bagi mereka yang BERJAGA MALAM, bolehlah buat SOLAT SUNAT.. Maas salamah ilaliqoq ..Assalamualaikum warahmatullah.. ♥

TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN dengan kata-kata..nak balikkkk !____!.. semoga mak ayah di kampung baik-baik sahaja .. Moga dengan DOA anaknya ini MAMPU mengatasi ''PERBUATAN'' manusia yang di luar batasan dengan kuasa-Mu ya ALLAH..U___U

Ceritera CINTA



boy : awak, cuba tutup mata rapat rapat dgn tgn awak .
girl : kenapa ?
boy : buat je laa .
girl : ermm..ok .
boy : gelap tak ?
girl : yup !
boy : tu lah hidup saya tanpa awak .

p/s:Dalam alam barzakh kelak, macamtu la.. GELAP..DIHIMPIT, malah ada KALA, ULAR..Macam-macam lagi..Tak dapat den nak nolong..=.=''.Apabila MATI TANPA macam bawa bekalan amalaN2 yg BAIK. lagi AZAB kalau bercinta sampai lupa mak ayah, buat benda haram, agama tolak belakang.. KITA MANUSIA diberi PELUANG UNTUK BERTAUBAT.. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun..
 

SubhanaALLAH


.cantikkan adik ni? ((= Alhamdullilah.. Cantik BUKAN UKURAN. TIDAK SEMESTINYA CANTIK itu senantiasa SEMPURNA, bukan? Semua makhluk ALLAH dicipta elok-elok belaka. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. USAH BERSEDIH..USAH BERDUKA.. Kekurangan DIRI bukan menjadi PENGHALANG kepada apa jua yang sohabat lakukan. ALLAH yang CIPTA, SEMEMANGNYA DIA lebih TAHU apa yang KITA TAK TAHU..:) USAH MENDABIK DADA dengan PAKAIAN , dengan KECANTIKAN.. Bukan KEKALKAN? ('= jadi, BERSYUKURLAH dengan DIRI sendiri.. JANGAN PERKECILKAN dan PERLEKEH apa yang ALLAH CIPTA.. Kang Dia TARIK BALIK PINJAMAN-Nya tu.. Tak dapat den nak tolong ~ ^___^
 

ya ALLAH jauhkan RINDU itu

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.




Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

Wanita dan Sanggul

REALITI UMAT AKHIR ZAMAN.. MasyaALLAH.. Mengapa? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih tetap dilakukan.. Mengapa?? Mengapa?? Cantik ke sanggul?? Nak dapat perhatian yang bukan muhrim? masyaALLAH,.HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini..

Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dgn berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yg mengatakan bahwa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting2 & lehernya. Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yg sepatutnya wajib ditutup.

Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu." [Al-Ahzab:33]

p/s:ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka..waallahulam..




[Kisah Teladan] Iman Semut di zaman Nabi Sulaiman

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Itulah Iman Semut!!!



IMAN MANUSIA???

Pada zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur untuk orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik kubur tersebut.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di"INTERVIEW" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya, "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian," Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia!!!

Kata Saidina Ali kepada Kamil, " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN."
 






Rasa nak makan TUTTI FRUTTI la plak ♥ ~___~''

Pilihan di tangan anda..

Buat semua PENGGUNA FACEBOOK khususnya sohaba-sohabat ana. SEDARI & KETAHUI bahawa TULISAN anda boleh menambah jutaan dosa & ALLAH MURKA apabila sengaja MENCIPTA CERITA TIDAK BENAR AKIBAT perasaan MAZMUMAH dan sebaliknya boleh menambah PAHALA berganda-ganda apabila tulisanmu membawa MANFAAT kpd manusia. Justeru, pilihan di tangan masing-masing ♥



TATKALA KESUGULAN

Moga diri ini TABAH dalam ujian-Nya..Jika ini UJIAN ALLAH, ana terima..jika ini ''ujian manusia'' , semoga mereka SEDAR dan BERTAUBAT.. ALLAH S.W.T bersama mereka yang bersama-Nya.. Perlu KUAT dan KUAT..Menghabiskan sisa-sisa semester yang berbaki lagi satu semester..insyaALLAH..Moga diberi KEKUATAN dalam menghadapi segala kemungkinan >,< Syukran untuk sahabat SEJATI yang senantiasa DI HATINordiana Mat Yussof dan Nadia Dieya juga adik-adik TERSAYANG Mutiara Hikmah danAdam Rahim serta Zulfa Nur Shuhada yang ada susah senang..



Dapat nikmat ISLAM, BELUM TENTU dapat nikmat IMAN..


Orang ISLAM BELUM tentu dia BERIMAN. Sebab itu kita tengok ramai orang ISLAM yang TUDAK BERAKHLAK. Puncanya, kerana IMAN mereka LEMAH. Apabila iman lemah, rasa BERTUHAN tidak ada. Manusia sekadar tahu adanya ALLAH tapi tidak terasa DIA ADA..

Tidak rasa ALLAH MELIHAT, MENDENGAR dan MEMERHATI. Maka kerana itu tidak timbul rasa KEIKHLASAN di hati. Tidak rasa SYUKUR, tak rasa REDHA, tak rasa SABAR, tak rasa TAKUT dan MALU dengan ALLAH.

Kalau dengan ALLAH pun tidak rasa begitu, apa lagi dengan MANUSIA. Sebab itu pentingnya IMAN DISUBURKAN ♥
 

"Kerana kesilapan orang lain dia rela berkaki tanpa selipar"


tengah hari jumaat :
terserempak dengan seorang adik seperti mencari-cari sesuatu...
"dik kenapa nie"
dia mendongak..."selipar saya hilang kak"
bile melhat ke bawah..ALLAHUAKHBAR...sebak didada...melihat kaedaan adik ini..dengan muke kepenatan dan sedih..hati siapa xtersentuh...
"adik tunggu sini kejap ye...akk ada selipar...tp xtahu adik suke or x...tunggu kejap ye dik..jangan ke mana-mana"
menangguk tanda setuju...
risau jugak..selipar nie agak keperempuanan...alhamdulillah..ada shbt mengesyorkan seliparnya untk adik itu buat pilihan...xkisahlah mana2 yg die pilih asalkan dia dapat mengerjakan amanah ALLAH..yakni solat jumaat...
alhamdulillah..die memilih selipar shbt...sedikit tidak terkilan...malah bersyukur kerana die berselipar...
bile ditanya "cam mane selipar adik boleh hilang?"
"letak kat bawah katil..bile dah siap-siap nak pegi solat jumaat..tgk selipar dah xde.."dengan reaksinye yg kecewa dan sedih.
"xpela dik..sekarang pg solat jumaat..jgn sedih-sedih, jaga diri elok-elok...selipar tue kakak yg nie bg kt adik"
"terima kasih kak"





berakhir sebuah pertemuan...
hati ini sebak, terharu dan terkilan...seorang pelajar tingkatan 1...berkaki ayam dr hostel ke surau sek mencari selipar...dan jika tidak jumpe selipar..dia akan berkaki ayam ke masjid...hati siapa tidak terusik...cube kite letak diri kite, adik-adik kite mahupon anak kite yg menjd adk tadi..mesti xsanggup...sampai ke hari ini...masih mengingati reaksi dan wajah adik itu.."dik, moge menjadi muslimin yg soleh.."Amin..amin ya RABBAL al amin..

p/s: DIDIKLAH anak-anak, adik-adik kite semua menjadi seorang yg JUJUR...jangan disebabkan kite ada yg menderita KESUSAHAN.


SOLAT yang KHUSYUK



Semasa solat..hendaklah kita berada dalam keadaan KHUSYUK kerana apabila kita teringat perihal DUNIA sedang bibir memuji kebesaranNya, Allah akan berkata dengan NADA yang SEDIH:
”Yang mana lebih PENTING? AKU atau perihal DUNIA yang kau ingat itu?”.





Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali KEDUA setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya SOALAN yang SAMA buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali KETIGA, Allah TIDAK akan bertanya lagi..

Jika Allah sudah TIDAK HIRAUKAN kita lagi, adakah SOLAT yang kita laksanakan akan DITERIMA?

p/s : Banyak KESILAPAN yang diuji..MUHASABAH DIRI kembali

Ketengan Jiwa.. ^__^

ketenangan itu selalu akn ada jika kita tidak lupa padaNYA.asbab bile kite dekat denganNYA...kita akn sentiasa tenang...DIA yg memberikan ketenangan hati juga menyembuhkan jiwa yg luka...tp diri kite sendiri yg memporak-porandakan hati kite ke arah kegelisahan jiwa ~~ :)

Kisah pelajar-pelajar tadika (=

cikgu : "dengar sini cikgu nak bgth...klu kite bg sesuatu dekat orang xkisahlah kite beri tanpa perlu dipulangkan mahupon sekadar meminjam...insyaALLAH..aknbertambah pahala kite...tapi kamu kene ikhas taw"

anak-anak : "cikgu ikhlas tue ape?buat baik ke cikgu?"

cikgu : "betol ikhlas tue memang perkara yg baik, tp maksud ikhlas tue, kite memberi tanpa sebarang rungutan sama ada dari percakapan mahupon hati. contahnya "aiman bagi shahrizwan pinjam barang...tapi dalam hati aiman, berkata "eleh pinjam barang orang" itu namenye xikhlas dan itu dah jadi sia-sia...pahala pon xdapat.

anak-anak : ooo cam tue ke cikgu klu cam tue..."cepat-cepat sape nak pinjam pensel warna kite...kite ikhlas nak dapat pahala nie..cepat-cepat"

tersenyum sendiri melihat telatah mereka..riuh kelas hari nie..semua asyik promote barang masing sambil sebut saye ikhlas...(comelnyela)
berebut bile tahu itu perkara yg baik...jadilah seperti anak-anak, bile tahu ianya perkara baik berebut-rebut ingin melakukannya...

p/s : "kadang-kadang dengan melihat perangai mereka boleh memotivasikan diri sendiri" ^___^

APAM POLKA DOT

3 biji telur saiz A
275gm tepung gandum yang diayak
1 camca baking powder atau serbuk penaik
150ml susu/santan/susu/sejat
1 camca ovellete atau pelembut kek
220gm gula caster atau gula halus
1 camca kecil esen vanilla
* Filling ~~ Strawberry atau Blueberry (ikut citarasa)

Cara-cara:
1.putar telur dan masukkan bersama gula,ovellete,esen vanilla sehingga nampak kembang
2.Kemudian masukkan susu dan tepung gandum yang sudah diayak tadi berselang-seli sehingga habis.
3.Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam paper cup atau kertas cawan dan buat dot-dot
4.Kukus pada api sederhana selama 15 minit.
5.Siap dan hidangkan bersama-sama teh o ^___^

SELAMAT MENCUBA ^___^ 

ALLAH CEMBURU


✿◕ ‿ ◕✿..ALLAH CEMBURU..✿◕ ‿ ◕✿

¸.•❤ Awak sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang BUKAN mahram?
¸.•❤ Awak sedang ternanti-nanti PANGGILAN dari si dia?
¸.•❤ Awak sedang MENUNGGU saat-saat dapat bertembung dengan nya?
¸.•❤ Awak sedang memilih BAJU yang paling MENARIK untuk keluar DATING bersamanya?

Errkkk..jika jawapannya YA, awak sedang membuat Kekasih Agung awak SANGAT CEMBURU....

(¯`*•.¸ Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah swt CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam hatinya selain Dia.”¸.•'´ ¯) ♥

Kecemburuan Allah swt langsung tidak menunjukkan KERENDAHAN atau Dia MEMERLUKAN kita. Maha Suci Allah daripada sebarang SIFAT KEKURANGAN. Cemburu Allah ialah TANDA BESARnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyanyang terhadap hambaNya. Dia TIDAK memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas TANPA cinta kita.

Dia cemburukan HATI kita yang meletakkan CINTA LAIN lebih AGUNG daripadaNya kerana Dia SAYANGkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan SENGSARA. Dia menawarkan cinta yang TIDAK pernah mengenal KECEWA. Inilah HAKIKAT CINTA yang Agung..

___ *♥* ______*♥*
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥*
*♥*_____*♥* ____ *♥*
*♥*_______________♥*...SubhanALLAH..Ini Sungguh INDAH..
_*♥*____________*♥*
___*♥*________*♥*
_____*♥*___*♥*
_______*♥*♥*
 —

Manusia dan Masa..

Nabi saw telah bersabda yang bermaksud : Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda; "Tidak akan terjadi Qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". H.R.Termizi



Manusia dan Buku

Manusia seperti sebuah BUKU. Cover dpn adlh tarikh lahir, Cover blkng adlh tarikh kematian. Tiap lembar ,adlh tiap hari dlm hidup kita & apa yg kita lakukan.Sekali tertulis, tdk akn boleh di'EDIT' lagi. Tp seburuk apapun halaman sblmnya, slalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru & tiada cacat.Sama dgn hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH slalu menyediakn hari yg baru utk kita. Kita slalu dberi kesempatan baru utk melakukan sesuatu yg benar dlm hidup kita setiap hari.:)

Tuesday, October 18, 2011

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Isra' 17:32)

Ceritera mereka ~~ oo ibu bapa


Ibu bapa sekarang ramai takut anak-anak mereka tidak kenal dunia daripada akhirat, buktinya;

1-Tuisyen lebih penting dari hantar anak mereka ke kelas mengaji.

2-Malu kalau anak tak pandai speaking, tapi tak malu anak tak pandai baca dalam tulisan jawi apatah lagi Al-Qur'an, Kalam Allah.

3-Bangga apabila anak mereka mengenakan fesyen pakaian terkini dan membiarkan mereka berpakaian sebegitu namun tak galakkan anak mereka mencontohi sunnah pemakaian Rasulullah s.a.w dan isteri baginda.

Cukuplah 3 bukti ni, amat menyedihkan melihat cara anak-anak zaman sekarang dididik dan dibesarkan, walau bukan semua, majoritinya sebegitu.

Nama ana Muezza ^_^ Diambil namanya sempena nama kucing Rasullulah S.A.W :) Ana nak update blog.. Meh follow ana di mawarberduri.blogspot.com / Hidup ini biarlah ALLAH S.W.T sayang :)

Mengapa kamu EJEK kami?? Ini PILIHAN kami, BERTUDUNG LABUH, BERJILBAB.. Syariat telah MENETAPKAN supaya kita menutup aurat.. Ini yang TERBAIK untuk kami ^___^ ♥ JANGAN hina kami ((=

p/s:Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)



Kisah A dan B



A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai! :D

Asyik cek badan je :)

Hiduplah dalam IMAN walau hari penuh dugaan, berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup tak selalu bahagia..sedekahkanlah sebuah SENYUMAN walau hati tidak mampu lagi bertahan, belajarlah meMAAFkan walau diri terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..berazamlah dalam hidup walau kita tiada keyakinan..♥●•

p/s : Sesungguhnya Tuhan Itu Maha Mengetahui setiap dalam hati manusia, sama ada niatnya baik ataupun tidak di dalam sesuatu perkara..Ya Allah kurniakan aku segala yang Engkau kurniakan pada hambaMu yang Soleh, termasuk hati yang selalu berbaik sangka..




MEDAN JIHAD tidak pernah hilang



“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang saling menasihati dalam kebaikan dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ’Ashr: 1-3)

perlu ke aku kisah HIBURAN islam melampau batas?

perlu ke aku kisah AURAT orang lain xsempurna?

perlu ke aku kisau kalau orang lain buat ZINA?

perlu ke aku kisah kalau umat islam LEMAH?

perlu ke aku PEDULI semua itu?

YA, AKU PERLU PEDULI SEMUA ITU....

aku xnk UMAT ISLAM LEMAH...

belum terlambat untuk aku BERUBAHkan?

“Bersegeralah kalian menuju pengampunan Rabb kalian dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah.” (Ali Imran:133)

jiwa pemuda islam sekarang banyak runtuh kerana HIBURAN..

berbaloi ke berseronok berlebihan di dunia tetapi kat akhirat menjerit menangis sebab DOSA sendiri?

“Dia Allah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji kalian siapakah yang paling bagus amalannya.” (Al Mulk: 2)

perubahan ke arah menjadi seorang MUSLIM itu adalah lebih baik, xkan pernah sia-sia..

Aku nak BERUBAH dan MENGUBAH..

wahai umat islam, KEMBALIlah kepada AL-QURAN..

p/s : MEDAN JIHAD tidak pernah hilang..♥

Kenapa semua ini terjadi padaku?T__T


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)


Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


p/s : apakah kte fikir kte lebih tau dari ALLAH? apakah kite fikir kite lebih tau ape yang terbaik untuk kite? Renung-renungkan SOHABAT ANA ~ :))
 






Pasrah dengan Ilahi..

duhai JIWA yang pasrah..benarkah kau benar2 pasrah?jika benar kau pasrah, mengapa kau gundah?mengapa kau resah?lupakah kau dengan JANJI ALLAH?duhai jiwa yang pasrah..benar kau pasrah?mengapa harus kau melatah dengan karenah dan mehnah.duhai jiwa yang pasrah..jika kau benar2 pasrah..kau mesti sentiasa MUHASABAH..adakah kau pasrah dengan sebenar2 pasrah?ingatlah duhai jiwa yang pasrah..bahawa SYURGA terlalu indah yang disediakan oleh ALLAH..bagi insan yang hatinya benar2 pasrah..kerana pasrah bukan hanya terletak pada bahasa dengan puisi dan madah nan indah..♥~



Tudung Labuhku

"bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila menyarungnya akan membuatkan saya rasa cukup selesa"

"tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diri saya"

"ianya menutup aurat, itu yang paling penting..fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people sebenarnya bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen itu"

HIDUP menuntut kita untuk membuat PILIHAN..♥

yang tertutup itu INDAH..dan tidak semua mampu memilikinya..walhal keinginan untuk memilikinya membuak-buak tanpa mengetahui status diri..

bertudung labuh itu satu PERLINDUNGAN..perlindungan dari segala macam kejahatan luaran dan dalaman..apabila kita bertudung labuh, yakin sedang melakukan perkara kebaikan..kita akan berusaha menjaga tingkah laku..

bila kita berbuat sesuatu dengan IKHLAS, amalan itu akan berterusan..sebab ia datang dari niat hati sendiri, dan bukan paksaan..

oleh itu, mengapa RAGU untuk berubah ke arah POSITIF?

jika ada yang berkeinginan untuk memakai tudung labuh, teruskanlah niat murni itu..tidak semua insan terpilih oleh ALLAH untuk pemakaian 'perlindungan' ini...jadi bersyukurlah, biar CANTIK di pandangan ALLAH..agar berbahagia bila DI SANA kelak..♥♥

JIKA AKU MASIH HIDUP ESOK PAGI..♥♥●•٠·˙

Duhai Tuhan Yang Maha Baik, yang menambatkan keyakinan di jiwa yang putih, yang melembutkan nuansa rasa, yang menguatkan taji-taji imajinasi..

Jika aku masih tetap hidup esok pagi, aku berjanji, apabila Engkau perhebatkan aku, Engkau permuliakan aku, Engkau tempatkan aku di aras utama tempat semesta dunia ini, dengan rasa rendah diri..aku bersungguh-sungguh berkuat upaya membuat Engkau tersenyum.

Jika aku masih tetap hidup esok pagi, akan aku cukupkan hari-hariku untuk
melayani dan membawa tarbiyyah-tarbiyyah Ilahi ke bumi.

Jika aku masih tetap hidup esoknya lagi, aku akan berlayar menyeberangi samudera waktu untuk membenarkan semua ketulusan kasih sayang yang Engkau sambungkan ke dalam mata rantai suci para nabi.

Dan jika aku masih hidup esok pagi, bangunkalah diriku dari sunyinya hati..hangatkanlah hariku dengan sebuah makna hidup ini..dan kuatkan diriku untuk tidak berhenti

Hidup dan mati,
Kelmarin aku hidup, saat ini aku masih hidup..tapi aku tidak tahu, nanti, esok, lusa..
Saat ini ikhtiar sebanyak mungkin, berusaha menjadi baik dan tambah baik..

Ya Allah,jika saat itu “jadual” ku telah sampai,
Cukupkan aku Ya Allah,
Aku siap, iman, islam..
Aku baik, ikhlas dan taubat..
Aku meminta,dengan penuh doaku mohonkan jalan yang baik..
Penuhkan hatiku dengan rasa cintaku pada Mu,Ya Allah..Ya Rabb..









Duhai yang Maha Mengetahui, yang membelah sunyi..biarlah aku bawa tangisanku pergi jauh bersama cintaMu.

Terima kasih Allah, Engkau selalu membukakan angkasa pemikiran baru di jiwaku...

p/s : Jika kesyukuranku atas nikmat ALLAH adalah kenikmatan. Maka bagiku wajib bersyukur kepadaNya dalam setiap hal. Bagaimanapun adanya kesyukuran adalah kerana keutamaanNya. Walaupun hari-hari berjalan dan usiaku terus bertambah. Belajar menjadi sebatang lilin, yang menerangi dan memberikan cahaya kepada setiap orang-orang yang dicintai dan disekelilingnya, walau diri lilin itu hancur lebur tidak tersisa, serta belajar untuk mendewasakan diri..♥♥●•٠·˙

Aku TIDAK seperti dahulu !__! Maafkan aku.. Itu cerita dahulu..




Hatiku ibarat padang pasir yang tandus..punyai hati yang sungguh gersang dari cintaNYA..cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diriNYA. Dialah pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNYA dahulu?mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini?mencintai manusia..hanya perit yang aku dapat bukan bahagia..aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan..

sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu..benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu..hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu..tazkirah-tazkirah darimu, aku ingat sentiasa dalam kotak memoriku..satu PENGAKUAN, aku mengagumimu..tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaanku padamu..

kau pemuda SOLEH, disanjung dan dihormati ramai..sedangkan aku, wanita berduka solehahku TIDAK PASTI..

aku sedang dalam perubahan, setiap ayat-ayat cinta dariNYA terkesan dalam diriku..kini aku lebih banyak mengisi waktu bersamaNYA..tetapi aku tidak berani menyatakan ayat-ayat cintaku padamu pemuda soleh..aku hanya mampu mengagumimu dari jauh..

kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji ALLAH.."LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH"

aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah..namun keutamaanku bukanlah untuk mendapatkan yang soleh, cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh..

akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu..bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajamu..bukan kerana keturunanmu, dan bukan jua kerana popularitimu..semoga kau beroleh rahmat dariNYA..

p/s : maafkan bilaku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah..ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu...♥
 
Saudaraku kaum muslim dan muslimah yang dikasihi
Seperti kita ketahui bahwasannya perbuatan memfitnah, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin (gosip), berita palsu, memberitahukan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menjalar atau bermaharaja lela dalam masyarakat Islam sekarang

Semua perbuatan itu umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya. Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahaya lidah yang dianugerah Allah.

Allah berfirman yang artinya:
“Dan ingatlah angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik atau dia berdiam saja. (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (HR.Tabrani dan Baihaqi)

Sahabatku semua perlu kita pahami bahwa walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil menghiasi kesempurnaan makhluk ciptaan Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia.

Pada suatu saat, lidah boleh memuliakan dan mengangkat derajat seseorang dan dalam saat yang lain, lidahpun mampu menghina serta menjatuhkan seseorang. Malah, lidah juga berupaya membawa kejayaan dan tidak kurang menyebabkan kegagalan. Maka, tidak heranlah orang tua jaman dulu pernah berkata “gara-gara api kayu bisa terbakar menjadi debu, gara-gara mulut badan bisa binasa.”

Sahabatku sekalian menyadari kedudukan lidah,
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
“Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau.Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang daripada jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Begitulah peranan lidah yang mengundang bahaya yang tersembunyi di balik keindahan bahasa yang terungkap. Mengikut perspektif Islam, lidah melambangkan identiti seseorang, apakah dia bertakwa dan beriman kepada Allah atau sebaliknya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan serta perkataan sia-sia.(Surah al-Mukminun, 1-3)

Saudara dan saudariku,Insan yang beriman dapat memelihara lidahnya daripada perkara batil dan dilarang Islam. Insan beriman dan bertakwa akan menggunakan lidahnya dengan perbuatan kebajikan dan bermanfaat kepada umat manusia serta mengelakkan diri daripada perkara yang dzalim atau mengganggu saudaranya






Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Amal yang paling utama itu adalah manusia selamat dari Gangguan lidahmu
(HR.Ath-thabaarani)

Allah menyediakan panduan bagaimana lidah seseorang yang beriman untuk sewajarnya disalurkan dan dimanfaatkan kerana setiap perkataan yang terkeluar akan direkam oleh malaikat yang diutus Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu hadir.” (Qaaf: 18)

Ucapan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah yang diucapkan oleh manusia, keturunan Adam. Ucapan tersebut dicatat oleh malaikat yang sifatnya roqib dan ‘atid yaitu senantiasa dekat dan tidak pernah lepas dari seorang hamba.

Malaikat tersebut tidak akan membiarkan satu kalimat dan satu gerakan melainkan ia akan mencatatnya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :
“Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi الله) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al Infithar: 10-12)

Saudara dan saudariku yang berbahagia.
Alangkah berbahagia dan beruntungnya seorang beriman yang menyumbangkan kebaikan dan kedamaian alam sejagat melalui ungkapan kata yang sentiasa bermakna dan bermanfaat, sebab kebanyakan lidah membuat kesalahan manusia

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Sesungguhnya kebanyakan kesalahan manusia itu bersumber dari Lisannya (lidah)
(HR.Al-Baihaqi)

Oleh kerana itu, maka kawan-kawanku kaum muslim dan muslimah hendaklah sentiasa berwaspada ketika bercakap dan bertutur baik dengan saudaranya maupun orang lain serta memelihara lidah daripada melakukan perbuatan yang tercela dan dilarang Allah.
SELAMAT MERENUNG DAN MARI SAMA SAMA KITA MENGAWAL LIDAH WASSALAM



Mana SATU pilihan MUSLIMAH di LUAR SANA? Pilih-pilih..pilih.. ^__^ Juga, untuk kaum ADAM.. Apakah KRITERIA WANITA yang enta idamkan untuk dijadikan CALON ZAUJAH ?? Boleh pilih..:) Dalam gambar ni je.. Hee ~~:)


'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya'' [Surah An-Nur 24:31]
 

Rahsia Wudhuk..Ketahuiya di sini :)

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.







6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Kata-kkata Syed Qutub

"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para rasul. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai" - Syed Qutub -



PERKAHWINAN - ANTARA PILIHAN ANAK DAN IBU BAPA

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2085] Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas: “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2083] Maksud wali dalam hadis-hadis ini ialah ayah wanita yang akan bernikah itu.

Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula.
Abdullah ibn ‘Umar berkata: Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar bin al-Khattab ( ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan. Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi menjawab (kepada ‘Abdullah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 5138]

Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1900]

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan kedudukan dan peranan ibubapa dalam pilihan calon pasangan bagi perkahwinan seorang anak. Secara lebih terperinci, hadis-hadis ini perlu dikupas dari dua sudut.

Sudut Pertama:
Ia adalah dari sudut keutamaan, dimana ia membuktikan betapa besar kedudukan dan peranan ibubapa terhadap kita sebagai anak sehingga ia juga menyentuh persoalan pasangan hidup. Memang, ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan pasangan yang tidak kita sukai. Akan tetapi pada waktu yang sama, kita juga tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukai mereka. Ringkas kata, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa dalam persoalan ini. Sebaliknya perlu sama-sama suka dan redha.

Timbul persoalan, bukankah yang berkahwin ialah anak? Maka kenapa pula perlu mendapatkan izin dan redha ibubapa? Persoalan ini dapat dijawab seperti berikut:

Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai asam garam kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan yang luas, sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan kita sebagai anak-anak, yang dikenali hanyalah cinta.

Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas apa-apa penilaian yang matang kecuali cinta semata-mata. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting kerana ia dapat membantu dan membimbing kita membina rumahtangga yang berjaya.
Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga.
Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keutamaan,sepertimana sabda Rasulullah: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Riwayat al-Tirmizi, Silsilah al-Ahadis al-Shahihah, no: 515] Maka jika kita ingin membina rumahtangga yang diredhai oleh Allah SWT, binalah ia dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu.

Sudut Kedua:
Ia adalah dari sudut hukum fiqh, maka hadis-hadis di atas perlu dibaca bersama hadis-hadis yang melarang ketaatan dalam perkara maksiat. Ini kerana: “Sesungguhnya ketaatan tidak lain hanya dalam perkara ma’ruf (kebaikan yang selari dengan syari‘at Islam).” [Shahih al-Bukhari, no: 7145] Oleh itu pemahaman dan pelaksaan hadis-hadis di atas boleh dibahagikan kepada tiga suasana:

Suasana Pertama: Apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan kita berdasarkan alasan yang dibenarkan syari‘at. Contohnya ialah calon yang bukan beragama Islam dan dia memang tidak bercadang untuk memeluk Islam. Maka dalam kes ini ibubapa layak menegah kita daripada berkahwin dengan calon tersebut dan kita wajib mematuhinya.

Suasana Kedua: Apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan kita disebabkan alasan yang menyelisihi syari‘at. Contohnya apabila ibubapa enggan menerima calon isteri pilihan kita semata-mata kerana dia berpakaian menutup aurat, atau enggan menerima calon lelaki pilihan kita semata-mata kerana dia sering pergi solat berjamaah. Maka dalam kes ini ibubapa tidak sepatutnya menegah kita daripada calon tersebut. Akan tetapi ini tidaklah bererti kita boleh “kahwin lari”. Sebaliknya hendaklah kita berbincang dengan sopan dan hikmah bersama ibubapa agar mereka akhirnya bersetuju dengan calon pilihan kita.

Suasana Ketiga: Kita dan ibubapa saling berselisih dengan masing-masing memiliki alasan yang harus di sisi syari‘at. Dua contoh yang lazim berlaku adalah:
Kita ingin berkahwin tetapi masih menuntut. Ibubapa tidak membenarkannya sehinggalah ditamatkan pengajian terlebih dahulu.
Calon lelaki pilihan kita tidak memiliki pekerjaan yang mampu menyara hidup.

Bagi kedua-dua contoh di atas atau apa-apa yang seumpama, hendaklah kita berbincang dengan ibubapa untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Kebanyakan ibubapa akan bergembira untuk membantu dan memberi jalan penyelesaian yang terbaik jika kita sebagai anak-anak berbincang dengan mereka secara hormat, sopan dan hikmah. Kegagalan sering berlaku apabila anak-anak berkeras, membuat keputusan tanpa mempertimbangan pandangan ibubapa atau mungkin mengabaikan ibubapa secara keseluruhan dalam persoalan ini.

Meski pun demikian, jika perbincangan tidak membuahkan hasil yang diingini, hendaklah kita mengalah kepada ibubapa. Hendaklah kita merenung kembali hadis-hadis yang dikemukakan dalam penulisan ini.
Ketahui dan yakinilah bahawa apa yang ada di sisi Allah SWT adalah jauh lebih baik daripada kekasih yang ada di hati.

WALLAHU'ALAM....




Larangan Ghibbah (Mengumpat)

Dalam pergaulan kita dengan sesama muslim bukan hanya dilarang menyebutkan kata-kata kasar atau kata yang bertujuan untuk memburukkan di hadapanya, tetapi ketika dia tidak ada pun dilarang. Yang dikatakan Ghibah itu ialah mengatakan sesuatu yang tidak disukai sesorang di balik belakangnya. Misalnya kita ceritakkan tentang si Ahmad ketika itu tidak ada, yang mana kalau dia mendengarnya dia pasti akan marah. Mengumpat haram hukumnya dan Allah mengatakan orang yang mengumpat itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya yang sudah mati. Firman Allah :- Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka slah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwahlah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. ( Al-Hujurat: 12)
Dari Anas ra, katanya Rasullah SAW bersabda :- Tatkala aku dimikrajkan saya berjumpa dengan satu kaum yang mempunyai kuku tembaga. Saya lihat mereka menggaru dan mencakar muka dan dada mereka. Melihat yang demikian saya bertanya " Siapa mereka itu wahai Jibril?" Jibril menjawab : " Mereka itulah orang yang suka memakan daging manusia dan suka menjatuhkn harga diri orang " Bererti mengumpat besar dosanya. Dan juga bukan hanya orang yang mengumpat yang berdosa tetapi orang yang mendengar pun akan mendapat dosa. kalau begitu jika kita berada di satu tempat dan di hadapan kit ada orang yang menceritakkan keburukkan orang lain tugas dan tanggunjawab kita adalah sebagai berikut :

1. Kalau ada orang yang asyik menceritakkan keburukkan orang lain di hadapan kita, hendaklah kita ceritakan kebaikan dan kelebihan orang itu supaya dia berhenti mengumpatnya. Sesiapa yang sanggup berbuat demikian akan mendapat pahala yang besar.

2. Kalau tidak sanggup berbuat demikian dan tidak sanggup menengur orang yang mengumpat ituhendaklah kita tinggalkan tempat itu. Kalau kita sudah mengumpat sesorang, hendaklah kita meminta maaf kepadanya. Kalau orangnya sudah meninggal misalnya hendaklah kita selalu mendoakanya. Atau kita bersedekah sesuatu dan pahala tersebut kita hadiahkan kepadanya.
3.Disamping itu hendaklah kita banyak-banyak meminta ampun pada Allah SWT.




Sujud Syukur

Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, kita di sunatkan sujud syukur. Taklah susah sangat nak buat sujud syukur ni.. tak sampai lima minit.

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-

1. Niat

2. Takbiratul Ihram

3. Sujud (sekali sahaja)

4. Salam

Dan syarat-syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya.

Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud). Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?

Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Maksudnya: "Telah sujud wajahku kepada (Allah, Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta"

Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh. Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

sharing is caring ^_^
 


TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
 —