Wednesday, June 22, 2011

'Ghaddul Basar'

'Ghaddul Basar' bermaksud menundukkan pandangan..
Dalam Islam ada satu suruhan iaitu "ghaddul basar" maksudnya menundukkan pandangan. Hikmahnya untuk menjaga daripada zina mata. Disuruh ke atas semua umat Islam tidak kira jantina dan usia.

Dalam situasi seorang lelaki terpandang ke arah seorang perempuan ajnabiah maka di sinilah ghaddul basar. Walaupun perempuan itu menutup aurat.. kerana pandangan mata itu lebih senang mendapat panahan syaitan daripada anggota yang lain. Dan syaitan akan mencucuk pandangan itu mengikut pada mangsanya. Dan begitu juga pandangan bagi seorang perempuan kepada seorang lelaki ajnabiah.

Dalam situasi masyarakat kite hari ni, memangla tersangat susah nak menjaga pandangan.. tapi berusaha untuk ghaddul basar itu lebih baik daripada tidak berusaha langsung. Jika TERPANDANG, maka istighfar kerana ketidaksengajaan kita...Waallahualam..

No comments:

Post a Comment