Ya, ketertarikan kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang ALLAH S.W.T selalu hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturannya, inikan pula fitrah cinta? Oleh sebab itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang ALLAH S.W.T yang telah ditetapkan?
Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati menjalar pula pada maksiat perbuatan.Remajaku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, amlah semua orang tidak terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang yang soleh.
Ibn al-Qayyum menukil indah dalam bukunya Raudah al-Muhibbin tentang kisah Saiyaditina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah yang juga puteri Rasullulah S.A.W si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saiyidina Ali ‘’Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.’’
Dengan penuh rasa cemburu . Saiyidina Ali berkata : ‘’Habis itu , dinda menyesal menikah dengan kanda?’’
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir : ‘’ Tak, kandaku sayang kerana orang itu ialah kanda.’’
Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahwa puteri Rasullulah S.A.W sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saiyidina Ali, mengagumi, merindui dan memasang impian hidup berasamanya. Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali , berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?
Begitu juga Saiyidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saiyidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membuna kualiti diri? Adakah jalan yang menghampiri fitnah atau menghampiri jalan yang dekat dengan barakah?
Muhasabah diri bersama ~
No comments:
Post a Comment