“ Cantiknya bulan , SUBHANAALLAH ! ”
Anda pernah mengungkapkan kata-kata di atas? Saya juga pernah .
Siapa yang tak suka tengok bulan mengambang . Tenang sahaja rasanya bila melihat bulan mengambang di waktu malam . Cantik dan berseri-seri , itulah yang dapat digambarkan bila melihat bulan mengambang.
Tapi , sifat bulan itu sendiri sama dengan sifat manusia .
Betul saya tak bohong !
Bulan itu hakikatnya tidak cantik atau bahasa mudahnya hodoh . Bulan adalah satu makhluk yang tidak terdapat makhluk yang menetap didalamnya . Tidak mempunyai air , oksigen , berdebu dan berlopak-lopak . Tapi kenapa kita cakap bulan cantik semasa ia mengambang ?
Semasa bulan mengambang , kita sentiasa terpegun dek kemilauan cahayanya . Hal ini kerana , pantulan cahaya dari matahari yang menyinggah ke bulan itu , membuatkan kita melihat , bulan itu sangat cantik .
Ya , sangat cantik kerana ada cahaya yang menenagkan !
Bisa menenagkan , menghiasi malam ,menyejukkan mata juga bisa menlenyapkan gusar di hati .
Manusia ?
Manusia juga sama seperti bulan . Manusia juga hodoh dan buruk hakikatnya di hadapan ALLAH . Sangat kerdil , lemah juga hina . Tapi , manusia bisa menjadi mulia dengan adanya sinar Islam didalam hatinya , didalam hidupnya .
Bukti?
Lihat sahaja pada Rasulullah SAW . Baginda miskin , rumah kecil , malah pakaian baginda pun bertampal-tampal . Namun , dek kerana sinar Islam , baginda jadi mulia . Ramai orang yang menatap baginda bisa terkasima dan jatuh cinta dek kerana akhlak dan peribadi yang sangat indah .
“ Akhlaknya (Rasulullah ) adalah Al-Quran ”; Sayidatina Aisyah .
Konklusinya , matahari punyai cahaya .Bertugas sebagai sumber tenaga kepada makhluk bima sakti . Matahari juga bertanggungjawab mencantikkan lagi bulan sehingga memukau mereka yang memerhati.
Islam pula juga menjadi sumber tenaga kepada kehidupan kita . Islam juga bisa membuatkan kita menjadi mulia disamping ALLAH , disisi . Islamlah , yang memberi kecantikkan kepada kehidupan kita.
Kita pula bagaimana ?
Mahu terus hodoh ?
Bulan , jika tidak memantulkan cahaya matahari , hanya menjadi makhluk yang hodoh . Manusia pula , jika tidak memantulkan cahaya Islam didalam kehidupan , hanya menjadi mereka yang rugi.
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk ana. Iktibar dari bulan.
No comments:
Post a Comment