Saturday, June 4, 2011

Kenapa MEMILIH SEMAK-SAMUN sebagai TEMPAT MELAKUKAN MAKSIAT?

Kesian ''KEKASIH HATI''.. Kenapa TIDAK MEMBAWA PASANGAN yang sohabat inginkan itu berjumpa dengan ibu bapa anda dan terus ke MASJID?.. Alangkah indahnya hidup ini berlandaskan syariat ♥ Tak USAH ke SEMAK, tak usah ke TEMPAT GELAP, tak USAH..dan tak USAH.. 

Tiada WANG mencukupi untuk kahwin? Mas Kahwin itu WAJIB namun dalam ISLAM wang hantaran sebagai adat. Jadi mudahkan untuk berkahwin? Tidak PERLU wang tinggi untuk mengikat sesuatu akad.Walimatulurus pula sbagai untuk menghebahkan tentang perkahwinan agar TIDAK MENIMBULKAN FITNAH. Buatlah sederhana. TIDAK PERLU besar-besaran utk walimatulurus itu. ISLAM tidak membebankan umatnya namun umatnya mnyusahkan diri sendiri.

p/s: Apabila kemungkaran sudah menjadi budaya, ia TIDAK lagi dilihat sebagai satu kemungkaran. Contohnya BUDAYA COUPLE dalam kalangan remaja dan belia. Ia adalah satu DOSA kerana banyak perlakuan menghampiri zina seperti pergaulan bebas, berdua-duaan, pendedahan aura dan sebagainya merupakan dosa-dosa yang sinonim dengan budaya couple ini. TETAPI, oleh sebab ia sudah diamalkan oleh ramai oramg tidak kira peringkat mana-mana sekalipun , maka ia tidak dianggap lagi satu kesalahan.

No comments:

Post a Comment