1.Beriman dengan ALLAH S.W.T
-Mengakui, mempercayai dan menyakini ALLAH S.W.T itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutan-Nya di samping meninggalkan segala sifat atau perkara syirik terhadap-Nya.
2.Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada ALLAH S.W.T
-melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH S.W.T
3.Sentiasa bertaubat
-juga mengharap kepada ALLAH S.W.T dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak-geri hidup hanyalah untuk mencapai keredhaan-nya bukannya untuk mengharapkan pujian atau perhatian manusia.
4.Melaksanakan segala perkara yang wajib, fardu dan nawafil.
5.Redha menerima qada’ dan qadar ALLAH S.W.T
-Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud ‘’Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi baiklah baginya.’’
No comments:
Post a Comment