Wednesday, June 22, 2011

Dosa

...♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥...

Sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan pernah sunyi dari dosa. Sama ada yang sengaja dilakukan tatkala nafsu menguasai minda dan jiwa, atau lebih-lebih lagi yang tidak disengajakan kerana sifat lalai dan lupa ini.

Allah menciptakan manusia bukan untuk melahirkan hamba-Nya yang sifar dosa, tetapi tujuan dari penciptaan ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada DIA Yang Maha Mencipta. Tiada manusia yang tidak berdosa, kecuali para Rasul dan Nabi yang mulia.

Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah az-Zumar, ayat 53 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka.” ( Hadis riwayat Muslim)





ALLAH with U

Sometimes we all feel alone :)

Sometimes we have lots of gf/bf when we have no love friends :)

Sometimes Life is Awesome :)

Sometimes we are not grateful :)

Sometimes I feel bad about nd admit my sins :)

Sometimes I wish I could be Awesome :)

But remember all this times..

Everytime, Every Second, Every tick, God is always with us giving chances to change and admit the faults we have done.

NOW I KNOW SOMETHING MORE THAN AWESOME "ALLAH IS EVERYTHING"

10 peringatan bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
...
Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Tabarruj menurut takrifan Imam Bukhari ialah, “Seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”

Takrifan ini selaras dengan firman Allah di dalam Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Daripada ayat ini ada beberapa kesimpulan yang boleh kita fahami. Antaranya ialah:

1.Menutup aurat bukan sekadar bertudung menutupi kepala @ rambut seperti mana yang difahami oleh segelintir (mungkin kebanyakkan) muslimah Melayu di negara kita. Adalah pelik bilamana seorang perempuan bertudung tapi mendedahkan leher, dada, atau memakai baju berlengan pendek. Jelas mereka juga tergolong dalam golongan yang tidak menutup aurat.

2.Segelintir muslimah keliru dan tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan larangan berhias sehingga ada di kalangan mereka yang bertudung labuh sekalipun tetapi masih tidak dianggap menutup aurat. Pelik bukan? Hal ini kerana mereka mendakwa sudah menutup aurat akan tetapi masih berpakaian yang menarik perhatian golongan muslimin (bukan mahram) seperti memakai pakaian yang bercorak terlalu menonjol @ menarik perhatian, bermanik-manik dan sebagainya. Inilah akibatnya apabila kita memahami nas hukum secara literal tanpa mengkaji maqasid (objektif) syariah itu sendiri. Tujuan Islam mewajibkan wanita menutup aurat mereka adalah untuk mengelakkan fitnah dan gangguan daripada lelaki. Sekiranya muslimah menutup aurat tetapi masih berpakaian yang menarik perhatian kaum lelaki, adakah mereka memenuhi tuntutan syariah tersebut? Malah seringkala pihak tertentu menamakan pakaian fesyen sebagai busana muslimah. Perkara inilah yang perlu kaum muslimah fikir-fikirkan.

3.Di dalam ayat di atas tadi juga menyatakan larangan untuk kaum muslimah memakai perhiasan yang menghasilkan bunyi (hentakan) yang sudah pasti menarik perhatian orang di sekeliling untuk melihat mereka. Ini termasuklah memakai kasut tumit tinggi (kecuali jika anda boleh pastikan ia tidak menarik perhatian), gelang kaki dan sebagainya.

Kesimpulannya, hukum tabarruj adalah haram di sisi Islam kecuali untuk suami dan mereka yang mahram.

KAYA dan MISKIN

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ukuran, perbincangan, pekiraan, dan kaya dan miskin di mata dunia tetap menjadi perbualan dan perbandingan. Kebahagiaan dan ketenangan sering kali dikait dengan kekayaan bagai perahu dengan dayung. Sedangkan yang miskin di mata amnusia itu mungkin lebih bahagia daripada mereka yang kaya dan bermewahan tanpa sempadan



♥♥Ku Tunggu Pinanganmu Dengan Al-Qur'an♥♥

♥♥Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahwa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi,kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

Akhina..
♥♥Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tau,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya karna pihak ketiga yang tak lain syetan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

Akhina
♥♥Jagalah sikapmu pada kami,maka akankami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami,cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke ridhoan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridho pada kami. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

Akhina..
♥♥Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami,santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami,bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh,Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

Akhina..
♥♥kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kamiakan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

Akhina..
♥♥Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami butuh imam yang bisa menjaga ke imanan,bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

♥♥Sungguh,kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tapi kami tak akan mengobral pesona kami hanya karna cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syetan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami,jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan memuntutmu untuk berbuat nista. Ijinkan kami menjaga hatimu,agar kita bisa menjelang bersama Jannah Nya.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..

♥♥“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Karna kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru..!!
Maka katakanlah,kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya karna melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

Alhamdullilah selamat sampai ♥ :)

Perkongsian bersama ..

Akhlak Terhadap ALLAH S.W.T Antara ciri terpenting akhlak manusia dengan ALLAH S.W.T :

1.Beriman dengan ALLAH S.W.T
-Mengakui, mempercayai dan menyakini ALLAH S.W.T itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutan-Nya di samping meninggalkan segala sifat atau perkara syirik terhadap-Nya.

2.Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada ALLAH S.W.T
-melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH S.W.T

3.Sentiasa bertaubat
-juga mengharap kepada ALLAH S.W.T dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak-geri hidup hanyalah untuk mencapai keredhaan-nya bukannya untuk mengharapkan pujian atau perhatian manusia.

4.Melaksanakan segala perkara yang wajib, fardu dan nawafil.
5.Redha menerima qada’ dan qadar ALLAH S.W.T
-Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud ‘’Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi baiklah baginya.’’

Usrati Jannati ♥ Keluargaku Syurgaku :) Suka sangat akan gambar ini ^_____^

MALULAH KEPADA ALLAH S.W.T

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.” 
(al-Bukhari)


Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.

Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.Waallahulam..



'Ghaddul Basar'

'Ghaddul Basar' bermaksud menundukkan pandangan..
Dalam Islam ada satu suruhan iaitu "ghaddul basar" maksudnya menundukkan pandangan. Hikmahnya untuk menjaga daripada zina mata. Disuruh ke atas semua umat Islam tidak kira jantina dan usia.

Dalam situasi seorang lelaki terpandang ke arah seorang perempuan ajnabiah maka di sinilah ghaddul basar. Walaupun perempuan itu menutup aurat.. kerana pandangan mata itu lebih senang mendapat panahan syaitan daripada anggota yang lain. Dan syaitan akan mencucuk pandangan itu mengikut pada mangsanya. Dan begitu juga pandangan bagi seorang perempuan kepada seorang lelaki ajnabiah.

Dalam situasi masyarakat kite hari ni, memangla tersangat susah nak menjaga pandangan.. tapi berusaha untuk ghaddul basar itu lebih baik daripada tidak berusaha langsung. Jika TERPANDANG, maka istighfar kerana ketidaksengajaan kita...Waallahualam..

AKU BANGGA DENGAN JILBABKU ...

Mereka berdiri disana dengan celana pendeknya, sangat pendek, super pendek, Yang mereka anggap sebagai model terkini
Sedangkan aku di sini berdiri tegak dan bangga dengan jilbabku ...

Mereka berdiri disana dengan lautan make up di wajahnya
Yang mereka percayai sebagai kebebasan berekspresi
Sedangkan aku disini berdiri tegak dan bangga dengan jilbabku ..

Mereka masih berdiri disana dengan rambut basah oleh gel berwarna-warni
Penuh dengan unsur kimia yang mereka anggap sebagai kemurnian jiwa
Sedangkan aku disini berdiri tegak dan bangga dengan jilbabku ..

Mereka berdiri disana dengan berdua, sangat dekat dengan kekasihnya
Yang membuat mereka sanggup memberikan segalanya
Sedangkan aku disini berdiri tegak dan bangga dengan jilbabku ...

Dan mereka berdiri disana asyik berbicara
untuk membeli celana pendek model terbaru,
Pewarna rambut yang paling trendi, bahkan cara mendapatkan pacar baru
Yang mereka anggap sebagai memahami keindahan Tuhan dan ekspresi cinta
Sedangkan aku disini berdiri tegak dan bangga dengan jilbabku....

Keraba jilbabku inilah pelindungku, kekasihku, kesetiaanku, kemurnianku,
kecantikanku, dan alatku untuk terus mengingat Allah
Saat aku meletakkan jilbab di atas kepalaku
Aku tahu segala kesesatan yang dibawa oleh setan akan dilenyapkan

Jilbab bukan sekedar pelengkap penampilan ...
Jilbab juga bukan tameng untuk menutupi kekurangan ...
Jilbab adalah suatu bentuk pengabdian dan cerminan seorang wanita ...
Untuk menyamarkan keindahan raganya serta pengamalan dari apa yang ia pelajari ..

Ya Allah…
Semoga aku bisa menjaga keikhlasannya…
Ketika aku putuskan untuk berjilbab, aku telah “memproklamirkan” semangat
Untuk lebih mendekatkan diri kepada hal-hal yang bersifat Ilahiyah

Seiring dengan semangatku, mohon berikan aku kekuatan dan kemampuan
“mengenakan jilbab” di hatiku ini..amin..amin ya RABBAL al amin :)

Sahabat-sahabat Muslimin.. sebaiknya awal ke masjid hari ni Jumaat yang berkat ini (=

Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat ALLAH dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(QS. al-Jumu'ah:9) 



BULAN dan MANUSIA.. Bulan oo bulan :)

“ Cantiknya bulan , SUBHANAALLAH ! ”

Anda pernah mengungkapkan kata-kata di atas? Saya juga pernah .

Siapa yang tak suka tengok bulan mengambang . Tenang sahaja rasanya bila melihat bulan mengambang di waktu malam . Cantik dan berseri-seri , itulah yang dapat digambarkan bila melihat bulan mengambang.

Tapi , sifat bulan itu sendiri sama dengan sifat manusia .

Betul saya tak bohong !

Bulan itu hakikatnya tidak cantik atau bahasa mudahnya hodoh . Bulan adalah satu makhluk yang tidak terdapat makhluk yang menetap didalamnya . Tidak mempunyai air , oksigen , berdebu dan berlopak-lopak . Tapi kenapa kita cakap bulan cantik semasa ia mengambang ?

Semasa bulan mengambang , kita sentiasa terpegun dek kemilauan cahayanya . Hal ini kerana , pantulan cahaya dari matahari yang menyinggah ke bulan itu , membuatkan kita melihat , bulan itu sangat cantik .

Ya , sangat cantik kerana ada cahaya yang menenagkan !

Bisa menenagkan , menghiasi malam ,menyejukkan mata juga bisa menlenyapkan gusar di hati .

Manusia ?

Manusia juga sama seperti bulan . Manusia juga hodoh dan buruk hakikatnya di hadapan ALLAH . Sangat kerdil , lemah juga hina . Tapi , manusia bisa menjadi mulia dengan adanya sinar Islam didalam hatinya , didalam hidupnya .

Bukti?

Lihat sahaja pada Rasulullah SAW . Baginda miskin , rumah kecil , malah pakaian baginda pun bertampal-tampal . Namun , dek kerana sinar Islam , baginda jadi mulia . Ramai orang yang menatap baginda bisa terkasima dan jatuh cinta dek kerana akhlak dan peribadi yang sangat indah .

“ Akhlaknya (Rasulullah ) adalah Al-Quran ”; Sayidatina Aisyah .

Konklusinya , matahari punyai cahaya .Bertugas sebagai sumber tenaga kepada makhluk bima sakti . Matahari juga bertanggungjawab mencantikkan lagi bulan sehingga memukau mereka yang memerhati.

Islam pula juga menjadi sumber tenaga kepada kehidupan kita . Islam juga bisa membuatkan kita menjadi mulia disamping ALLAH , disisi . Islamlah , yang memberi kecantikkan kepada kehidupan kita.

Kita pula bagaimana ?

Mahu terus hodoh ?

Bulan , jika tidak memantulkan cahaya matahari , hanya menjadi makhluk yang hodoh . Manusia pula , jika tidak memantulkan cahaya Islam didalam kehidupan , hanya menjadi mereka yang rugi.

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk ana. Iktibar dari bulan.

Renungan Bersama..


~>> Ikhlas memiliki hakikat,prinsip dan kesempurnaan.
~>> Prinsip ikhlas adalah niat..:D
sebab dalam niat itu terdapat keikhlasan..:)
~>> Sedangkan hakikat ikhlas adalah kemurnian niat dari noda..:D
Adapun yang melengkapi kesempurnaannya adalah kejujuran..
~>> Jika suatu amal perbuatan dapat terealisasi dengan dorongan niat yg Ikhlas..♥
maka niat dan amal merupakan ibadah yang sempurna..:D

~> SELAMAT BERAMAL..:D:D:D:D



Monday, June 6, 2011

Diri ini UMPAMA POHON IMAN

Akhlak umpama buah pada pohon iman. Akar tunjang pada pohon itu adalah persoalan iman, batangnya adalah rukun ISLAM, dahannya persoalan fardhu kifayah, rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhlak adalah buahnya.
Sesungguhnya, revolusi akhlak inilah yang dinantikan oleh manusia kini. Hanya inilah dengan kemajuan teknologi dan ketinggian tamadun material akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada alaf akan datang.



Pemakaian Inai menurut Ulama

enurut pendapat Hambali dan Syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus. Inai ini boleh digunakan di mana-mana bahagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid. 

Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."

Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan di tangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).

KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA


Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya 
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA..Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERH TERINDAH darinya..kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu..InsyaAllah,Allah sentiasa bersama2 denganmu..❤●•٠·˙
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤